Laman utama

Perakuan Kelulusan (COA)

Ringkasan

Bagi meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan, Suruhanjaya Tenaga (ST) telah membangunkan sistem dalam talian bagi permohonan Sijil Kelulusan (COA) bagi pengimportan dan pengilangan peralatan elektrik untuk isi rumah. Mulai 1 Oktober 2010, semua permohonan dilaksanakan secara dalam talian melalui sistem e-Permit yang dikendalikan oleh Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. (Dagang Net) telah dikuatkuasakan.

Bagi mengimport peralatan elektrik isi rumah, pemohon atau ejen tempatan mereka perlu mendaftar dengan Dagang Net. Setelah pendaftaran berjaya, pemohon boleh meneruskan permohonan secara elektronik. ST akan mengeluarkan Sijil Kelulusan (COA) sekiranya permohonan telah lengkap, iaitu laporan ujian dan semua dokumen yang diperlukan telah dikemukakan serta fi telah dibayar kepada ST.

Prosedur Permohonan

Prosedur ini menerangkan langkah-langkah untuk mendapatkan Sijil Kelulusan (COA) daripada Suruhanjaya Tenaga bagi peralatan elektrik, merangkumi permohonan baharu untuk import atau pengilangan, pembaharuan, serta kelulusan sementara bagi tujuan pameran. Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui sistem e-Permit, dan pemohon mestilah memiliki Sijil Pendaftaran (COR) yang masih sah sebelum membuat permohonan.