Kursus dan latihan yang dijalankan oleh institusi dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Pendawai (Wireman) dan Penjaga Jentera (Chargeman)
Pendawai (Satu Fasa dan Tiga Fasa)
| Satu Fasa (PW1 / PW2) |
Kelayakan |
|
PROGRAM I (2 TAHUN) Kursus ini dijalankan selama dua (2) tahun mengikut susunan berikut:
- Satu (1) tahun di institusi, termasuk menjalani latihan amali sebanyak 3 kali di rumah sebenar sebelum meneruskan latihan industri.
- Enam (6) bulan menjalani latihan industri dengan Kontraktor Elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
- Enam (6) bulan di institusi secara sepenuh masa.
- Pembelajaran di institusi merangkumi 40% teori dan 60% amali.
- Kehadiran kursus di institusi hendaklah tidak kurang daripada 80%.
- Kehadiran latihan industri hendaklah tidak kurang daripada 90%.
|
Kelayakan asas |
|
PROGRAM II (2 TAHUN) Kursus ini dijalankan selama dua (2) tahun mengikut susunan berikut:
- Satu (1) tahun di institusi, termasuk menjalani latihan amali sebanyak 3 kali di rumah sebenar sebelum meneruskan latihan industri.
- Sembilan (9) bulan menjalani latihan industri dengan Kontraktor Elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
- Tiga (3) bulan di institusi secara sepenuh masa.
- Pembelajaran di institusi merangkumi 40% teori dan 60% amali.
- Kehadiran kursus di institusi hendaklah tidak kurang daripada 80%.
- Kehadiran latihan industri hendaklah tidak kurang daripada 90%.
|
Kelayakan asas |
| Satu Fasa (PW1 / PW2) |
Kelayakan |
|
PROGRAM III (15 BULAN) Kursus ini dijalankan selama satu (1) tahun tiga (3) bulan mengikut susunan berikut:
- Enam (6) bulan di institusi, termasuk menjalani latihan amali sebanyak dua (2) kali di rumah sebenar sebelum meneruskan latihan industri.
- Enam (6) bulan menjalani latihan industri dengan Kontraktor Elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
- Tiga (3) bulan di institusi secara sepenuh masa.
- Pembelajaran di institusi merangkumi 40% teori dan 60% amali.
- Kehadiran kursus di institusi hendaklah tidak kurang daripada 80%.
- Kehadiran latihan industri hendaklah tidak kurang daripada 90%.
|
Kelayakan Asas:
- Mempunyai pengalaman kerja selama satu (1) tahun dalam bidang pendawaian elektrik dengan Kontraktor Elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
- Mempunyai buku log yang lengkap berdasarkan pengalaman kerja satu (1) tahun dalam pendawaian, yang disahkan oleh orang kompeten dan majikan.
- Mempunyai penyata KWSP atau PERKESO sebagai bukti pengalaman kerja sekurang- kurangnya satu (1) tahun.
|
| Tiga Fasa ( PW3 / PW4 ) |
Kelayakan |
|
PROGRAM I (3 TAHUN) Kursus ini dijalankan selama tiga (3) tahun mengikut susunan berikut:
- Dua (2) tahun di institusi, termasuk menjalani latihan amali sebanyak 3 kali di rumah sebenar sebelum meneruskan latihan industri.
- Enam (6) bulan menjalani latihan industri dengan Kontraktor Elektrik (Kelas C dan ke atas) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
- Enam (6) bulan di institusi secara sepenuh masa.
- Pembelajaran di institusi merangkumi 40% teori dan 60% amali.
- Kehadiran kursus di institusi hendaklah tidak kurang daripada 80%.
- Kehadiran latihan industri hendaklah tidak kurang daripada 90%.
|
|
| Tiga Fasa ( PW3 / PW4 ) |
Kelayakan |
|
PROGRAM II (1 TAHUN) Kursus ini dijalankan selama satu (1) tahun mengikut susunan berikut:
- Enam (6) bulan di institusi, termasuk menjalani latihan amali sebanyak 2 kali di rumah sebenar sebelum meneruskan latihan industri.
- Enam (6) bulan menjalani latihan industri dengan Kontraktor Elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
- Tiga (3) bulan di institusi secara sepenuh masa.
- Pembelajaran di institusi merangkumi 40% teori dan 60% amali.
- Kehadiran kursus di institusi hendaklah tidak kurang daripada 80%.
- Kehadiran latihan industri hendaklah tidak kurang daripada 90%.
|
- Kelayakan Asas
Mempunyai Sijil Kompetensi Pendawaian Satu Fasa (PW1/PW2).
|