Soalan Lazim

Kelengkapan Elektrik


Perakuan Pendaftaran adalah sijil perakuan yang dikeluarkan oleh ST kepada syarikat pengilang, pengimport atau kedua-duanya bagi tujuan memantau aktiviti-aktiviti pengilangan dan pengimportan kelengkapan elektrik. Keperluan perundangannya adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 97C, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

Tarikh berkuatkuasa peruntukan ini adalah pada 3 Mei 2013.

Permohonan pendaftaran sebagai Pengilang/Pengimport boleh dibuat melalui system e-DIK di https://edik.st.gov.my.

Tidak boleh.

Tempoh sah Perakuan Pendaftaran bergantung kepada permohonan sama ada untuk 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun, atau 5 tahun.

Sekiranya dokumen yang dihantar adalah lengkap, proses permohonan Perakuan Pendaftaran adalah lima (5) hari bekerja.

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah borang-borang yang diperolehi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
a. Dokumen Pendaftaran SSM:

  • Profil Perniagaan SSM sekiranya syarikat didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197).
  • Profil Korporat SSM bagi syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777).
  • Profil Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) SSM bagi syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (Akta 743).
  • Perjanjian Sewaan Gudang sekiranya premis tersebut adalah disewa (bukan milik sendiri)
  • Lesen Perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Gambar premis perniagaan dan gudang beserta papan tanda perniagaan
  • Apa-apa maklumat/dokumen sekiranya diperlukan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Tiada.

Perakuan Kelulusan adalah sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) kepada pengilang, pengimport, pempamer, penjual atau pengiklan bagi kelengkapan elektrik setelah kelengkapan tersebut didapati mematuhi standard dan syarat-syarat keselamatan dan penggunaan elektrik dengan cekap yang ditetapkan. Keperluan perundangannya adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 97, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan Peraturan 101A, Peraturan-Peraturan Elektrik (Pindaan) 2013.

Pemohon adalah pengilang, pengimport, pempamer, penjual atau pengiklan kelengkapan elektrik sahaja.

Pemohon perlu membuat semakan ke atas senarai kelengkapan yang memerlukan CoA melalui Garis Panduan / Guideline for the Approval of Electrical Equipment (GL) yang boleh dimuat turun dari laman portal web ST. Permohonan CoA mengimport/mengilang seperti Peraturan 97 - Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 ini boleh dibuat di http://epermit.dagangnet.com.

Bagi permohonan CoA, laporan ujian dari makmal yang telah diakrediatsi perlu dikemukakan berdasarkan pengesahan standard minimum.

Selepas CoA dikeluarkan, pengimport boleh menjalankan aktiviti mengimport dan setelah shipment telah sampai di Malaysia dan mendapat pelepasan Kastam, pengimport perlu menjalankan ujian konsainment SIRIM (https://e-cee.sirim.my/) bagi mendapatkan label ST-SIRIM yang perlu ditampal pada kelengkapan sebelum boleh diedarkan/dijual kepada pengguna, seperti Peraturan 98- Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

Terdapat dua (2) jenis permohonan Perakuan Kelulusan kelengkapan elektrik iaitu:

  • Permohonan Perakuan Kelulusan (Baru)
  • Permohonan Perakuan Kelulusan (Pembaharuan)
  • Borang V adalah Perakuan Kelulusan untuk mengimport.
  • Borang W adalah Perakuan Kelulusan untuk mengilang.

Kelengkapan yang memerlukan Perakuan Kelulusan adalah kelengkapan elektrik pengguna. Merujuk kepada peruntukan Akta Bekalan Elektrik 1990, kelengkapan elektrik pengguna adalah kelengkapan elektrik yang menggunakan elektrik bervoltan rendah (lebih 50 VAC atau lebih 120 VDC) yang:

a. dijual kepada orang awam; ATAU
b. tidak memerlukan kemahiran khusus dalam pengendalian

Kategori tersebut adalah seperti berikut:

  1. Plug Top/Plug (15A and below)
  2. Switch and Dimmer
  3. Socket Outlet (15A and below)
  4. Fluorescent Lampholder/Starter Holder
  5. Ceiling Rose
  6. Bayonet Cap and Multiways Adaptor
  7. Lamp Fitting
  8. Capacitor for Fluorescent Lamp
  9. Ballast/Control Gear/Driver For Lamp
  10. Circuit Breaker including AC Current Operated Earth Leakage Circuit Breaker and Miniature Circuit Breaker
  11. Portable Luminaire Lamp
  12. Kettle Including Heating Elements IF Supplied Separately
  13. Kitchen Machine
  14. Toaster/Oven (Cooking Appliance)
  15. Rice Cooker
  16. Refrigerator
  17. Immersion Water Heater
  18. Water Heater including Heating Elements IF Supplied Separately
  19. Washing Machine
  20. Fan
  21. Hand Operated Hair Dryer/Haircare/Skincare
  22. Iron
  23. Shaver
  24. Vaporizer
  25. Vacuum Cleaner
  26. Hi-Fidelity Set
  27. Video and Visual Display Unit
  28. Audio and Video Player Unit
  29. Massager
  30. Air Conditioner (Up To 4Hp)
  31. Christmas Light
  32. Domestic Power Tools (Portable Type)
  33. Adapter/Charger

Wire/Cable/Cord (Non-Armoured) 0.5mm² to 35mm

Jenis-jenis sub-category perlu merujuk kepada Garis Panduan (Guidelines for the Approval of Electrical Equipment) di https://www.st.gov.my/en/details/onlineservices/6

  • Satu (1) fasa bermaksud kelengkapan elektrik yang menggunakan bekalan tenaga 230V dengan julat +10%, -6%.
  • Tiga (3) fasa bermaksud kelengkapan elektrik yang menggunakan bekalan tenaga 400V dengan julat +10%, -6%.

Palam kuasa berfius 13A yang mematuhi MS 589-1 atau BS 1363-1;

  • Palam kuasa 15A (pin bulat) yang mematuhi MS 1577;
  • Palam kuasa 2 pin 2.5A, 250V (pin bulat) yang mematuhi MS 1578 atau BS EN 50075


Palam Kuasa 2 pin hanyalah bagi kegunaan kelengkapan elektrik yang badannya tidak diperbuat daripada besi atau bahan yang boleh mengalirkan elektrik atau dikenali juga sebagai kelengkapan elektrik Kelas II.

Kelengkapan elektrik yang berfungsi menggunakan elektrik bervoltan amat rendah (kurang dari 50V AC atau kurang 150V DC) tidak memerlukan Perakuan Kelulusan. Sebagai contoh kelengkapan yang menggunakan bateri yang berfungsi melalui sambungan USB atau pengecas menggunakan arus terus (D.C) di dalam kenderaan.

Sekiranya kelengkapan tersebut dibekalkan bersama adapter/charger, hanya kelengkapan tersebut perlu mendapatkan Perakuan Kelulusan.

Adapter/charger yang diimport/dikilangkan berasingan, Perakuan Kelulusan berasingan adalah diperlukan.

Pemohon yang telah berdaftar dan mempunyai Perakuan Pendaftaran (CoR) boleh memohon mendapatkan Perakuan Kelulusan.

Penjual atau pengiklan hanya boleh menjual atau mengiklan kelengkapan elektrik yang telah mempunyai Perakuan Kelulusan (CoA) dan penandaan label ST-SIRIM. Buat masa ini Perakuan Kelulusan (CoA) hanya dikeluarkan kepada pengimport/pengilang sahaja.

Syarikat mestilah berdaftar di bawah SSM dan mempunyai premis yang sesuai bagi tujuan penyimpanan, pengedaran atau pengeluaran.

Permohonan boleh diurus sendiri oleh pemohon berdaftar tanpa ejen. Namun begitu, adalah dibolehkan untuk mana-mana syarikat melantik ejen bagi memudahkan proses permohonan dan teknikal.

Langkah-langkah untuk permohonan Perakuan Kelulusan (CoA):

  1. Melaksanakan pendaftaran e-Permit dengan menghubungi Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. (DNT) di talian 1-300-133-133 atau melalui e-mel careline@dagangnet.com bagi mendapatkan ID dan kata laluan.
  2. Daftar masuk ID dan kata laluan di https://epermit.dagangnet.com yang juga dipautkan di laman web ST.

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah:

  1. Laporan Ujian Jenis (Type Test Report)
  2. Senarai Komponen (List of components)
  3. Manual Penggunaan (Instruction Manual)
  4. Spesifikasi Teknikal (Technical Specification)
  5. Katalog Kelengkapan Elektrik yang dipohon
  6. Sampel Produk (jika diperlukan)

Rujuk laman sesawang ST untuk prosidur permohonan Certificate of Approval (COA).

Permohonan Perakuan Kelulusan Pembaharuan hendaklah dipohon secara online melalui laman web e-Permit. Pembaharuan hendaklah dipohon dalam tempoh dua (2) bulan sebelum Tarikh tamat tempoh Perakuan Kelulusan dan tidak kurang dari 14 hari sebelum Perakuan Kelulusan tersebut tamat tempoh.

Dokumen yang diperlukan bagi Perakuan Kelulusan mengilang adalah Lesen Pensijilan Barangan SIRIM (PCL) yang masih sah tempoh dan bukti pembelian label ST-SIRIM.

Manakala bagi Perakuan Kelulusan mengimport pula adalah:

  • Bukti pembelian label ST -SIRIM (PP8) pmelalui aktiviti konsainmen SIRIM atau
  • Lesen Pensijilan Barangan SIRIM yang masih sah dan bukti pembelian label ST SIRIM.

Sebarang perubahan pada laporan ujian (tidak sama seperti permohonan sebelumnya) permohonan baru perlu dibuat.

Rujuk laman web ST untuk prosidur permohonan Certificate of Approval (COA).

Tempoh sah Laporan Ujian Jenis yang boleh diterima adalah tidak melebihi lima (5) tahun dari tarikh pengujian. Ketika membuat permohonan, tempoh sah laku laporan ujian tersebut perlu sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum tarikh tamat tempoh.

Bagi energy meter pula, tempoh sah laporan ujian dan adalah tidak melebihi sepuluh (10) tahun dari tarikh pengujian perlu sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum tarikh tamat tempoh.

Fi yang dikenakan adalah berdasarkan kepada jenis Perakuan Kelulusan dan fasa kelengkapan seperti berikut:

Pembayaran dilakukan secara online payment melalui e-Permit. Rujuk laman web e-Permit mengenai e-Permit Online Payment.

Kelengkapan yang telah mendapat kelulusan untuk dijual di pasaran adalah kelengkapan yang mempunyai penandaan label ST-SIRIM.

Untuk mendapatkan label ST-SIRIM:

  • Kelengkapan import yang telah memperolehi Perakuan Kelulusan perlu melalui ujian konsainmen di SIRIM.
  • Kelengkapan yang dikilang hendaklah memperolehi Lesen Pensijlan Barangan dari SIRIM.

Tempoh sah laku Perakuan Kelulusan adalah 12 bulan.

Sekiranya dokumen yang dihantar adalah lengkap, permohonan Perakuan Kelulusan Baru adalah lima (5) hari bekerja manakala bagi permohonan Perakuan Kelulusan Pembaharuan satu (1) hari bekerja.

Ya.

Boleh, tetapi dengan syarat tiada sebarang pertukaran nombor pendaftaran Syarikat (ROC/ROB) dan tiada pertukaran semua rakan kongsi perniagaan. Permohonan pertukaran nama Syarikat hendaklah mengemukakan:

  • surat secara bertulis kepada ST; dan
  • bagi perniagaan perkongsian, pengesahan pertukaran nama serta butiran terperinci dan terkini nama dan Alamat semua rakan kongsi perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); atau
  • bagi Syarikat, Borang 13, 24 dan 49 Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang terkini dan disahkan oleh SSM bagi pertukaran nama serta tiada penubuhan pada rakan kongsi atau pemegang saham syarikat.

Pemohon perlu mengemukakan surat secara bertulis kepada ST mengenai permohonan pertukaran alamat dan lampirkan Borang 44, Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Peraturan 122, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan dalam Peraturan-Peraturan ini adalah melakukan kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dedenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya.

Tidak. Satu (1) Perakuan Kelulusan hanya boleh digunakan untuk memohon satu (1) jenama kelengkapan sahaja.

Tidak. Satu (1) Perakuan Kelulusan hanya boleh digunakan untuk memohon satu (1) model kelengkapan sahaja.
Notis Pemakluman mengenai penetapan satu (1) Perakuan Kelulusaagi satu (1) model kelengkapan elektrik telah dikuatkuasa mulai 1 Januari 2014. Ia boleh dirujuk melalui lawan sesawang ST.

Langkah-langkah untuk permohonan Perakuan Kelulusan Pameran:

  1. Melaksanakan pendaftaran e-Permit dengan menghubungi Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. (DNT) di talian 1-300-133-133 atau melalui e-mel careline@dagangnet.com bagi mendapatkan ID dan kata laluan.
  2. Daftar masuk ID dan kata laluan di https://epermit.dagangnet.com yang juga dipautkan di laman web ST.

Fi yang dikenakan adalah berdasarkan kepada jenis Perakuan Kelulusan dan fasa kelengkapan seperti berikut:

Pemohon hendaklah mengemukakan invois pembelian/air waybill/bill of lading dan surat tawaran dari penaja untuk mengadakan pameran.

Kelengkapan yang diimport untuk tujuan pameran hanya dibenarkan untuk dipamer semasa pameran berlangsung sahaja. Kelengkapan tersebut hendaklah dihantar semula ke negara asal setelah pameran tersebut tamat.

Surat Pelepasan adalah surat yang dikeluarkan oleh ST kepada pengimport kelengkapan elektrik untuk tujuan pelepasan kelengkapan elektrik dari tahanan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Surat Pelepasan terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu:

  • Surat Pelepasan kelengkapan yang memerlukan Perakuan Kelulusan untuk kelengkapan yang dikawal.
  • Surat Pelepasan kelengkapan yang tidak memerlukan Perakuan Kelulusan untuk kelengkapan yang tidak dikawal.

Surat Pelepasan bagi kelengkapan elektrik yang memerlukan Perakuan Kelulusan adalah untuk aktiviti-aktiviti seperti berikut:

  1. Kajian Kilang
  2. Kajian Kualiti/Pasaran
  3. Kegunaan Khas
  4. Transit
  5. Import komponen untuk pengilangan tempatan
  6. Import komponen untuk 100% eksport
  7. Baik pulih dan eksport semula
  8. Pertunjukan/Konsert
  9. Bonded

Surat pelepasan yang tidak memerlukan Perakuan Kelulusan dikeluarkan kepada pengimport yang memohon untuk membawa masuk kelengkapan yang tidak tertakluk di bawah Peraturan 97, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

Walaubagaimanapun, surat pelepasan ini adalah berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh ST.

Langkah-langkah untuk permohonan Surat Pelepasan:

  1. Melaksanakan pendaftaran e-Permit dengan menghubungi Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. (DNT) di talian 1-300-133-133 atau melalui e-mel careline@dagangnet.com bagi mendapatkan ID dan kata laluan.
  2. Daftar masuk ID dan kata laluan di https://epermit.dagangnet.com yang juga dipautkan di laman web ST.

DNT merupakan syarikat yang menyediakan sistem online melalui laman web e-Permit. ST pula menggunakan perkhidmatan sistem online tersebut bagi memudahkan proses permohonan dan menjimatkan masa pengguna.

Tiada.

Sekiranya dokumen yang dihantar adalah lengkap, proses permohonan Surat Pelepasan adalah lima (5) hari bekerja.

Dokumen yang diperlukan adalah berbeza-beza mengikut jenis dan tujuan surat pelepasan.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman web ST mengenai proses permohonan surat pelepasan.

Surat Pelepasan kegunaan peribadi adalah surat yang dikeluarkan oleh ST kepada individu yang ingin membawa masuk kelengkapan elektrik bagi kegunaan sendiri sahaja sekiranya ianya ditahan oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Permohonan boleh dibuat kepada ST dengan melengkapkan Borang ST(PE)4 (Pindaan 2008) dan mengemukakan dokumen seperti salinan kad pengenalan atau passport, dokumen bukti, seperti surat perletakan jawatan, surat perpindahan, surat menang hadiah dan lain-lain.

Borang tersebut boleh dimuat turun di laman web ST.

Syarat yang dikenakan adalah model kelengkapan yang dipohon hendaklah hanya satu (1) unit bagi satu (1) model sahaja. Pemohon mestilah individu (bukan syarikat) yang bekerja, belajar atau tinggal di luar negar Sahaja dan bagi tujuaan kegunaan di kediamaan sahaja.

Hanya barangan elektrik yang telah digunapakai oleh pemohon sahaja dibenarkan dan barangan elektrik tersebut disahkan selamat untuk kegunaan kediaman di Malaysia.

Permohonan boleh dibuat melalui Ibu Pejabat ST (Unit Kelengkapan Elektrik) dengan mengisi borang ST(PE)4 (Pind.2019) dan emelkan kepada hanif@st.gov.my

Tiada sebarang fi dikenakan.

Permohonan yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan akan diproses dan diluluskan pada hari permohonan dibuat tertakluk kepada kelulusan Pengarah.

Ya. Pemohon perlu memohon Surat Pelepasan kelengkapan elektrik yang tidak dikawal.

SIRIM merupakan sebuah badan pengujian di Malaysia yang telah berdaftar dengan ST sebagai local CAB yang mengeluarkan Laporan Ujian Jenis.

ST pula meluluskan kelengkapan elektrik berdasarkan Laporan Ujian Jenis yang dikeluarkan oleh SIRIM atau makmal pengujian lain yang diiktiraf oleh ST.

ST hanya akan meluluskan kelengkapan elektrik jika Laporan Ujian Jenis mengesahkan kelengkapan elektrik telah memenuhi kehendak standard keselamatan minima yang telah ditetapkan.

Jika nama dan alamat pengilang tidak sama dengan nama dan alamat pengilang yang terdapat di dalam Laporan Ujian Jenis, maka pemohon perlu menguji semula kelengkapan tersebut.

  • SIRIM Berhad/Makmal diakreditasi di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia oleh Jabatan Standard Malaysia.
  • Makmal di bawah IECEE CB Scheme;
  • Makmal diakreditasi oleh APLAC MRA;
  • Makmal yang tersenarai sebagai Designated Testing Laboratory (DTL) di bawah ASEAN EE MRA.

Walaupaun in-house factory telah memperolehi akreditasi oleh APLAC MRA atau makmal dibawah IECEE CB Scheme, laporan ujian yang dikeluarkan oleh factory tersebut tidak boleh diterima.

Tidak perlu sekiranya mempunyai model yang sama.