Jenis Aduan

Di antara jenis-jenis aduan yang lazim kami terima yang melibatkan perkhidmatan elektrik dan gas berpaip adalah seperti berikut:

  1. Kesilapan dalam bil
  2. Pemegang lesen gagal untuk mengikut tatacara yang sewajarnya
  3. Pemegang lesen lewat mengambil tindakan
  4. Tindakan tidak wajar oleh pemegang lesen
  5. Orang kompeten tidak menyelia kerja di pepasangan
  6. Kontraktor atau orang kompeten tidak mengikut peraturan kerja
  7. Sistem pendawaian atau perpaipan gas tidak selamat dan tidak mengikut peraturan
  8. Kelengkapan elektrik dan gas tidak diluluskan atautiada label SIRIM-ST
  9. Kualiti perkhidmatan pemegang lesen tidak memuaskan
  10. Aktiviti berbahaya berhampiran pepasangan elektrik atau gas berpaip
  11. Gangguan bekalan
  12. Perkara lain berkaitan aktiviti pembekalan elektrik dan gas berpaip

Bagi memastikan pengurusan aduan yang lebih efisien dan berkesan, kami berharap anda cuba terlebih dahulu untuk menyelesaikan permasalahan anda dengan pemegang lesen atau pihak yang terlibat sebelum menghubungi kami.

Sekiranya anda tidak dapat menyelesaikan aduan anda secara lisan dengan mereka, anda patut secara rasminya menulis kepada mereka atau membuat aduan melalui portal aduan rasmi mereka, sekiranya ada. Sila simpan sesalinan surat-menyurat atau bukti lain yang berkaitan.

Kami beriltizam untuk menyelesaikan isu aduan di dalam tempoh 1 hingga 2 minggu tetapi penyelesaian isu yang lebih kompleks boleh menjangkau tempoh 4 hingga 6 minggu.

Sekiranya atas sebarang sebab anda percaya bahawa aduan anda perlu disegerakan, sila hubungi kami untuk membincangkan aduan anda.