Lightning Protection System
Adakah Arahan ini terpakai sekiranya bangunan kediaman siap pada tahun 2020 sedangkan KM diperoleh sebelum Arahan ini dikeluarkan? Sebagai contoh KM diperolehi pada tahun 2019 manakala bangunan kediaman atas tanah dijangka siap dibina pada April 2021.
Arahan ini akan terpakai. Seperti dinyatakan pada jawapan 3, Arahan ini adalah terpakai kepada semua kategori bangunan yang dinyatakan pada perkara 10 sehingga 12 tidak kira sama ada bangunan tersebut adalah bangunan baru atau bangunan sedia ada.
Sebagai contoh, sekiranya bangunan tersebut dijangka siap pada April 2021, maka pada tempoh sebelum April 2021, bangunan tersebut dalam proses pembinaan. Merujuk kepada perkara 11 Arahan,Arahan ini akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2021.
Namun demikian, walaupun Arahan pematuhan ini berkuatkuasa, pemasangan SPK adalah tertakluk kepada laporan Risk Assessment seperti yang dijelaskan pada Jawapan 4.
Lightning Protection System
Adakah pemakaian Standard Malaysia MS IEC 62305 - Protection Against Lightning merupakan sesuatu yang baru diimplementasikan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST)?
Adakah ST akan menguatkuasakan Arahan ni dengan serta merta?
Adakah Arahan ini terpakai kepada semua kategori bangunan sama ada bangunan tersebut adalah bangunan baru atau bangunan sedia ada?
Berdasarkan kepada Jawapan pada soalan 3, adakah ini bermaksud semua bangunan yang tertakhluk kepada Arahan ini diwajibkan pemasangan Sistem Perlindungan Kilat (SPK)?
Siapakah yang boleh dilantik untuk melakukan penilaian Risk Assessment, reka bentuk, penyeliaan & penyiapan, pengujian dan penyelenggaraan SPK?