Lightning Protection System

Adakah pemakaian Standard Malaysia MS IEC 62305 - Protection Against Lightning merupakan sesuatu yang baru diimplementasikan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST)?

Sebelum Arahan ST (Arahan/ST/No.4/2019) berkuatkuasa, satu Pekeliling ST Bilangan 3 Tahun 2011 telah dikeluarkan dan mula berkuatkuasa pada 1 September 2011 mengenai pemakaian Standard Malaysia MS IEC 62305. Namun demikian, masih terdapat segelintir pihak yang ingkar dan tidak mengimplementasikan pemakaian standard tersebut.

Oleh yang demikian, dalam menguatkuasakan pemakaian standard ini, ST mengeluarkan Arahan/ST/No.4/2019 di mana tindakan perundangan boleh diambil kepada mana-mana pihak yang ingkar.