#POSTER-DRAWING-CHALLENGE
APA ITU #POSTER-DRAWING-CHALLENGE
KATEGORI
Terdapat 1 kategori dan dibahagikan kepada sub-kategori seperti berikut:
- Sub-Kategori 1: Warganegara Malaysia berumur 7-9 tahun
- Sub-Kategori 2: Warganegara Malaysia berumur 10-12 tahun
JENIS PENYERTAAN
Penyertaan adalah secara individu mengikut peringkat umur dan terhad kepada satu penghantaran hasil pertandingan sahaja bagi setiap peserta.
SYARAT PENYERTAAN
- Warganegara Malaysia.
- Terbuka untuk orang awam mengikut peringkat umur iaitu Warganegara Malaysia yang berumur 7-12 tahun pada tahun 2025.
- Ibubapa/penjaga bersetuju untuk menguruskan penyertaan dan hadiah yang akan dimenangi bagi pihak peserta.
- Mempunyai kebenaran oleh ibubapa/ penjaga untuk menyertai pertandingan.
- Penyertaan adalah terhad kepada satu penghantaran hasil pertandingan sahaja bagi setiap peserta.
- Peserta hanya dibenarkan untuk menghantar sekali sahaja dan sekiranya Urus Setia menerima lebih dari satu penghantaran, hanya penghantaran yang paling awal di terima sahaja akan dikira.
- Nama, nombor kad pengenalan peserta, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon ibubapa/penjaga haruslah ditulis di bahagian belakang poster.
- Setiap poster yang dihasilkan mestilah mempunyai perkataan SURUHANJAYA TENAGA dan ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 2025.
- Hasil pertandingan adalah hak milik ST dan ST berhak untuk mengubah dan menggunakan hasil pertandingan mengikut kesesuaian tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada peserta.
- Hasil kerja haruslah dibuat oleh peserta sendiri sepenuhnya dan tidak mempunyai unsur-unsur hak cipta daripada pihak lain. Sekiranya terdapat unsur plagiat, penyertaan adalah terbatal serta-merta.
- Keputusan Suruhanjaya Tenaga adalah muktamad.
TEMA
Tema bagi setiap sub-kategori adalah seperti berikut:
FORMAT HASIL PERTANDINGAN
- Poster hendaklah dilukis secara fizikal (hardcopy) dan dalam bentuk landscape.
- Peserta boleh menggunakan pensel/ pensel warna/ krayon/ cat air/ cat minyak.
- Peeserta hendaklah menggunakan kertas atau canvas bersaiz A3 sahaja (297 x 420 mm).
TARIKH TUTUP
- Ibu/bapa/penjaga WAJIB mengisi Borang Penghantaran Hasil Pertandingan melalui atas talian sebelum atau pada 12 Ogos 2025. Hasil lukisan poster hendaklah dimuat naik dalam borang penghantaran hasil pertandingan dalam bentuk gambar.
; DAN - Hasil pertandingan poster secara hardcopy bagi kategori #POSTER-DRAWING-CHALLENGE hendaklah diserah tangan atau diposkan ke Urus Setia EE Challenge 2025 sebelum atau pada 12 Ogos 2025 ke alamat seperti berikut:
URUS SETIA EE CHALLENGE 2025
Jabatan Kecekapan dan Konservasi Tenaga
Suruhanjaya Tenaga
No. 12, Jalan Tun Hussein, Presint 2,
62100 Putrajaya WP Putrajaya.
- Sila ke Menu Penghantaran Hasil Pertandingan bagi Panduan untuk membuat Penghantaran Hasil Pertandingan EE Challenge 2025 mengikut kategori pertandingan.
- Pengisian Borang Penghantaran Hasil Pertandingan Secara Atas Talian adalah WAJIB bagi tujuan penghasilan sijil penyertaan/sijil pencapaian peserta. Sila pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul dan tepat. Sekiranya borang ini tidak diisi dan dihantar, sijil peserta tidak dapat dihasilkan.
- Penghantaran poster secara hardcopy adalah WAJIB bagi tujuan penilaian dan pemarkahan hasil pertandingan. Penilaian dan pemarkahan hanya dibuat berdasarkan poster hardcopy sahaja.
HADIAH
- Hadiah adalah milik peserta yang menyertai kategori #POSTER-DRAWING-CHALLENGE
- Terdapat 2 sub-kategori dan pemenang akan memenangi hadiah seperti berikut:
Nota:
- Sekiranya penyertaan yang diterima mendapat markah kurang daripada 50% atau bilangan penyertaan adalah kurang daripada hadiah yang ditawarkan atau penyertaan yang diterima tidak mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan, Suruhanjaya berhak untuk mengisytiharkan kategori tersebut sebagai tiada pemenang untuk pemenang utama/ hadiah saguhati atau mengurangkan hadiah yang bakal dimenangi atau kedua-duanya sekali.
- Ibubapa/penjaga yang menghantar penyertaan peserta adalah bertanggungjawab untuk menguruskan hadiah yang dimenangi dan menyerahkan kepada pemenang.