#STORY-TELLING-CHALLENGE

APA ITU #STORY-TELLING-CHALLENGE
Pertandingan bercerita/bersajak/berpidato atau syarahan berdurasi 3-4 minit berkaitan kecekapan tenaga, keselamatan elektrik/ gas dan aktiviti berkaitan Suruhanjaya Tenaga.

 

KATEGORI

Hanya terdapat 1 kategori untuk orang awam iaitu:

  • Penyertaan terbuka mengikut peringkat umur iaitu untuk Warganegara Malaysia berumur 10-12 tahun sahaja.

JENIS PENYERTAAN
Penyertaan adalah secara individu mengikut peringkat umur dan terhad kepada satu penghantaran hasil pertandingan sahaja bagi setiap peserta.

 

SYARAT PENYERTAAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Terbuka untuk orang awam mengikut peringkat umur iaitu Warganegara Malaysia yang berumur 10-12 tahun pada tahun 2025.
  • Ibubapa/penjaga bersetuju untuk menguruskan penyertaan dan hadiah yang akan dimenangi bagi pihak peserta.
  • Mempunyai kebenaran oleh ibubapa/ penjaga untuk menyertai pertandingan.
  • Penyertaan adalah terhad kepada satu penghantaran hasil pertandingan sahaja bagi setiap peserta.
  • Peserta hanya dibenarkan untuk menghantar sekali sahaja dan sekiranya Urus Setia menerima lebih dari satu penghantaran, hanya penghantaran yang paling awal di terima sahaja akan dikira.
  • Sekiranya peserta pernah menyertai pertandingan ini pada tahun lepas, hasil pertandingan/skrip hendaklah berlainan daripada yang telah dihantar. Penyertaan adalah dikira terbatal sekiranya hasil pertandingan adalah sama seperti yang pernah dihantar.
  • Nama, nombor kad pengenalan peserta hendaklah ditulis di bahagian bawah kanan video.
  • Setiap video mestilah mempunyai perkataan SURUHANJAYA TENAGA dan ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 2025.
  • Hasil pertandingan adalah hak milik ST dan ST berhak untuk mengubah dan menggunakan hasil pertandingan mengikut kesesuaian tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada peserta.
  • Hasil kerja haruslah dibuat oleh peserta sendiri sepenuhnya dan tidak mempunyai unsur-unsur hak cipta daripada pihak lain. Sekiranya terdapat unsur plagiat, penyertaan adalah terbatal serta-merta.
  • Keputusan Suruhanjaya Tenaga adalah muktamad.

 

TEMA
Peserta boleh memilih tema bagi kategori #STORY-TELLING-CHALLENGE seperti di bawah:

 

FORMAT HASIL PERTANDINGAN

  • Video hendaklah berformat mp4 sahaja
  • Durasi video hendaklah di antara 3-4 minit sahaja
  • Menghantar bersama lirik/ skrip di dalam format PDF
  • Video yang direkod haruslah menunjukkan peserta berdiri dan menggayakan mengikut kesesuaian.

 

TARIKH TUTUP

  • Ibu/bapa/penjaga WAJIB mengisi Borang Penghantaran Hasil Pertandingan melalui atas talian sebelum atau pada 12 Ogos 2025. Hasil pertandingan iaitu video bercerita/bersajak/syarahan tersebut hendaklah dimuat naik dalam borang penghantaran hasil pertandingan secara atas talian.
  • Sila ke Menu Penghantaran Hasil Pertandingan bagi Panduan untuk membuat Penghantaran Hasil Pertandingan EE Challenge 2025 mengikut kategori pertandingan.
  • Pengisian Borang Penghantaran Hasil Pertandingan Secara Atas Talian adalah WAJIB bagi tujuan penghasilan sijil penyertaan/sijil pencapaian peserta. Sila pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul dan tepat. Sekiranya borang ini tidak diisi dan dihantar, sijil peserta tidak dapat dihasilkan.

 

HADIAH

  • Hadiah adalah milik peserta yang menyertai Kategori #STORY-TELLING-CHALLENGE.
  • Pemenang akan menerima hadiah seperti berikut:

Nota:

  • Sekiranya penyertaan yang diterima mendapat markah kurang daripada 50% atau bilangan penyertaan adalah kurang daripada hadiah yang ditawarkan atau penyertaan yang diterima tidak mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan, Suruhanjaya berhak untuk mengisytiharkan kategori tersebut sebagai tiada pemenang untuk pemenang utama/ hadiah saguhati atau mengurangkan hadiah yang bakal dimenangi atau kedua-duanya sekali.
  • Sekolah yang menghantar penyertaan adalah bertanggungjawab untuk menguruskan hadiah yang dimenangi dan menyerahkan kepada pemenang.