SEKOLAH PALING EE

APA ITU SEKOLAH PALING EE?

  • Pertandingan kecekapan tenaga di sekolah menengah dengan menjalankan aktiviti-aktiviti penggunaan tenaga elektrik dengan cekap.
  • Penilaian akan mengambil kira laporan kecekapan tenaga yang dihasilkan dan berdasarkan bil elektrik sekolah menengah dalam tempoh 4 bulan termasuk aktiviti-aktiviti kecekapan tenaga yang dijalankan sepanjang tempoh pertandingan daripada bulan Mei 2025 sehingga Ogos 2025 berbanding tahun sebelumnya.

 

KATEGORI
Terbuka kepada pelajar dan guru Sekolah Menengah di seluruh Malaysia.

 

JENIS PENYERTAAN

  • Penyertaan adalah secara berkumpulan melalui sekolah menengah sahaja.
  • Setiap sekolah menengah hanya terhad kepada SATU penyertaan sahaja.
  • Satu sekolah menengah hanya dibenarkan menghantar satu laporan kecekapan tenaga sahaja.
  • Bilangan penyertaan untuk kategori Sekolah Paling EE adalah 15 orang yang terdiri daripada guru pembimbing (maksimum 3 orang) dan selebihnya pelajar mewakili sekolah masing-masing

 

PENDAFTARAN KATEGORI SEKOLAH PALING EE

  • Sekolah hendaklah menghantar borang pendaftaran dan dokumen yang dinyatakan di dalam Syarat Penyertaan di bawah sebelum atau pada 30 April 2025.
  • Sekolah WAJIB mengisi Borang Pendaftaran secara atas talian di https://form.123formbuilder.com/6813511/ee-challenge-2025-pendaftaran-sekolah-paling-ee 

 

SYARAT PENYERTAAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Semua ahli kumpulan bersekolah di sekolah yang menghantar penyertaan.
  • Semua ahli kumpulan adalah seorang pelajar di sekolah tersebut bagi kalendar akademik sesi 2025/2026.
  • Sekolah bersetuju untuk menguruskan penyertaan dan hadiah yang akan dimenangi adalah milik sekolah.
  • Semua ahli kumpulan mempunyai kebenaran oleh ibubapa/ penjaga untuk menyertai pertandingan.
  • Penyertaan adalah terhad kepada satu penghantaran laporan kecekapan tenaga sahaja bagi setiap sekolah.
  • Sekolah menengah yang berminat untuk menyertai kategori Sekolah Paling EE hendaklah menghantar penyertaan kepada Suruhanjaya Tenaga lengkap bersama dokumen seperti berikut:

- Pihak sekolah menengah WAJIB menghantar dan memuat naik salinan bil elektrik bagi bulan April 2024 sehingga bulan September 2024 semasa mengisi borang atas talian.

- Penyertaan adalah terbatal sekiranya pihak sekolah menengah tidak menghantar bil elektrik seperti yang diminta.

- Bil-bil elektrik yang dikemukakan kepada Urus Setia EE Challenge 2025 hendaklah menunjukkan penggunaan elektrik yang merangkumi keseluruhan kawasan sekolah seperti bangunan akademik, pejabat guru, makmal, dewan dan lain-lain. Bil-bil tersebut akan digunakan sebagai bukti ketika proses penilaian kategori Sekolah Paling EE.

  • Urus Setia EE Challenge 2025, akan dari semasa ke semasa mendapatkan salinan bil daripada pihak TNB untuk tujuan penilaian dan pengesahan. Sekiranya terdapat unsur manipulasi data, penyertaan sekolah adalah dikira terbatal.
  • Aktiviti-aktiviti kecekapan tenaga di sekolah menengah dikira bermula pada bulan Mei 2025 sehingga Ogos 2025 (4 bulan) sahaja. Tempoh pertandingan tamat pada 31 Ogos 2025.
  • Laporan kecekapan tenaga yang telah dijalankan sepanjang tempoh pertandingan perlu sampai kepada Urusetia sebelum atau pada 11 September 2025.
  • Sekolah hanya dibenarkan untuk menghantar sekali sahaja dan sekiranya Urus Setia menerima lebih dari satu penghantaran, hanya penghantaran yang paling awal di terima sahaja akan dikira.
  • Hasil pertandingan adalah hak milik ST dan ST berhak untuk mengubah dan menggunakan hasil pertandingan mengikut kesesuaian tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada peserta.
  • Hasil kerja haruslah dibuat oleh peserta sendiri sepenuhnya dan tidak mempunyai unsur-unsur hak cipta daripada pihak lain. Sekiranya terdapat unsur plagiat, penyertaan adalah terbatal serta-merta.
  • Keputusan Suruhanjaya Tenaga adalah muktamad.

 

AKTIVITI
Aktiviti yang dijalankan hendaklah berkaitan dengan kecekapan tenaga iaitu amalan menggunakan elektrik dengan cekap.

 

FORMAT & TEMPLATE LAPORAN KECEKAPAN TENAGA
Kandungan format laporan kecekapan tenaga adalah seperti berikut:
 

  • Sekolah hendaklah menggunakan format dan template yang telah disediakan.
  • Muat turun template Laporan Kecekapan Tenaga. Template ini akan disediakan pada bulan Jun 2025.
  • Sekolah boleh menghasilkan dan melengkapkan laporan kecekapan tenaga mengikut kreativiti masing-masing.

 

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN LAPORAN KECEKAPAN TENAGA
Sekolah WAJIB menghantar laporan kecekapan tenaga dalam bentuk softcopy dan hardcopy. Penghantaran boleh dibuat melalui cara seperti di bawah:

  • Penghantaran laporan softcopy secara atas talian dan akan dimaklumkan sekiranya pautan telah tersedia.
    dan
  • Bagi penghantaran laporan hardcopy sekolah hendaklah membuat penghantaran melalui pos laju atau serahan tangan kepada alamat di bawah:

URUS SETIA EE CHALLENGE 2025
Jabatan Kecekapan dan Konservasi Tenaga
Suruhanjaya Tenaga
No. 12, Jalan Tun Hussein, Presint 2, 
62100 Putrajaya WP Putrajaya.

  • Pemarkahan hanya akan dikira melalui penghantaran Laporan Kecekapan Tenaga yang diterima secara hardcopy.
  • Laporan kecekapan tenaga yang telah dijalankan sepanjang tempoh pertandingan dan maklumat peserta perlu sampai kepada Urusetia sebelum atau pada 11 September 2025.
  • Pengisian Borang Penghantaran Hasil Pertandingan Secara Atas Talian adalah WAJIB bagi tujuan penghasilan sijil penyertaan/sijil pencapaian peserta. Sila pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul dan tepat. Sekiranya borang ini tidak diisi dan dihantar, sijil tidak dapat dihasilkan. Panduan dan maklumat berkenaan Borang Penghantaran Hasil Pertandingan melalui atas talian ini akan tersedia di Microsite EE Challenge 2025 www.st.gov.my/eechallenge bermula pada Ogos 2025.

 

HADIAH
Hadiah adalah milik sekolah.


 
Nota:

  • Sekiranya penyertaan yang diterima mendapat markah kurang daripada 50% atau bilangan penyertaan adalah kurang daripada hadiah yang ditawarkan atau penyertaan yang diterima tidak mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan, Suruhanjaya berhak untuk mengisytiharkan kategori tersebut sebagai tiada pemenang untuk pemenang utama/ hadiah saguhati atau mengurangkan hadiah yang bakal dimenangi atau kedua-duanya sekali.
  • Pihak ST berhak untuk membuat sebarang penyelarasan pembahagian zon selepas menerima pendaftaran daripada semua sekolah.