VIDEO EE PALING KREATIF

APA ITU VIDEO EE PALING KREATIF
Pertandingan menghasilkan video yang merangkumi rumusan berkaitan aktiviti-aktiviti kecekapan tenaga/penjimatan elektrik yang dilaksanakan di sekolah yang berdurasi 3-4 minit. 

 

KATEGORI

  • Pertandingan ini adalah dianjurkan oleh Suruhanjaya Tenaga
  • Kategori ini adalah terbuka kepada pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.

JENIS PENYERTAAN

  • Setiap sekolah hanya terhad kepada SATU penyertaan video sahaja.
  • Penyertaan adalah secara berkumpulan (2-5 orang satu kumpulan) termasuk guru pembimbing mewakili sekolah masing-masing.
  • Sekolah hendaklah menyertai kategori Sekolah Paling EE.

 

SYARAT PENYERTAAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Semua ahli kumpulan bersekolah di sekolah yang menghantar penyertaan.
  • Semua ahli kumpulan adalah seorang pelajar di sekolah tersebut bagi kalendar akademik sesi 2025/2026.
  • Sekolah bersetuju untuk menguruskan penyertaan dan hadiah yang akan dimenangi bagi pihak peserta.
  • Semua ahli kumpulan mempunyai kebenaran oleh ibubapa/ penjaga untuk menyertai pertandingan.
  • Penyertaan adalah terhad kepada satu penghantaran hasil pertandingan sahaja bagi setiap sekolah.
  • Peserta hanya dibenarkan untuk menghantar sekali sahaja dan sekiranya Urus Setia menerima lebih dari satu penghantaran, hanya penghantaran yang paling awal di terima sahaja akan dikira.
  • Muka hadapan video hendaklah memaparkan sekurang-kurangnya 5 saat dan mempunyai kandungan seperti berikut:

  • Hasil pertandingan adalah hak milik ST dan ST berhak untuk mengubah dan menggunakan hasil pertandingan mengikut kesesuaian tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada peserta.
  • Hasil kerja haruslah dibuat oleh peserta sendiri sepenuhnya dan tidak mempunyai unsur-unsur hak cipta daripada pihak lain. Sekiranya terdapat unsur plagiat, penyertaan adalah terbatal serta-merta.
  • Keputusan Suruhanjaya Tenaga adalah muktamad.

 

KANDUNGAN VIDEO

  • Kandungan video adalah berkenaan objektif penyertaan Sekolah Paling EE dan aktiviti – aktiviti kecekapan tenaga yang dijalankan di sekolah masing-masing dalam tempoh pertandingan dari bulan Mei 2025 sehingga Ogos 2025.
  • Rumusan dan hasil dapatan daripada penyertaan Sekolah Paling EE.
  • Gaya penyampaian adalah mengikut kreativiti sekolah.

 

FORMAT HASIL PERTANDINGAN

  • Video hendaklah berformat mp4 sahaja
  • Video berdurasi 3-4 minit sahaja.
  • Memasukkan perkataan Energy Efficiency Challenge 2025 dan Suruhanjaya Tenaga

 

TARIKH TUTUP

  • Sekolah WAJIB mengisi Borang Penghantaran Hasil Pertandingan melalui atas talian sebelum atau pada 12 Ogos 2025. Hasil pertandingan iaitu video kreatif tersebut hendaklah dimuat naik dalam borang penghantaran hasil pertandingan secara atas talian.
  • Sila ke Menu Penghantaran Hasil Pertandingan bagi Panduan untuk membuat Penghantaran Hasil Pertandingan EE Challenge 2025 mengikut kategori pertandingan.
  • Pengisian Borang Penghantaran Hasil Pertandingan Secara Atas Talian adalah WAJIB bagi tujuan penghasilan sijil penyertaan/sijil pencapaian peserta. Sila pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul dan tepat. Sekiranya borang ini tidak diisi dan dihantar, sijil untuk peserta tidak dapat dihasilkan.

 

HADIAH
Hadiah adalah milik pelajar sekolah menengah yang menyertai Kategori Video EE Paling Kreatif.


 
Nota:

  • Sekiranya penyertaan yang diterima mendapat markah kurang daripada 50% atau bilangan penyertaan adalah kurang daripada hadiah yang ditawarkan atau penyertaan yang diterima tidak mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan, Suruhanjaya berhak untuk mengisytiharkan kategori tersebut sebagai tiada pemenang untuk pemenang utama/ hadiah saguhati atau mengurangkan hadiah yang bakal dimenangi atau kedua-duanya sekali.
  • Sekolah yang menghantar penyertaan adalah bertanggungjawab untuk menguruskan hadiah yang dimenangi dan menyerahkan kepada pemenang.