VPPA

Apakah maklumat & dokumen yang diperlukan bagi permohonan VPPA?

Dokumen antara lain termasuk;

Butiran pengeluar tenaga solar, corporate consumer dan loji kuasa solar

Salinan Corporate Green Power Agreement (CGPA) atau "Memorandum Persefahaman antara Pengeluar Tenaga Solar dan Corporate Consumer"

Semakan awal dengan TNB mengenai ketersediaan interkoneksi kepada sistem bekalan elektrik dan sebarang kekangan dalam pengeluaran kuasa

Dokumen bukti hak penggunaan tanah atau tapak projek, ulasan/tiada bantahan daripada pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan lain terhadap pembangunan projek dan sebagainya,

Surat sokongan daripada institusi kewangan, dan

Dokumen lain seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan.