Polisi - Peraturan-Peraturan Elektrik (Pindaan) 2013 P.U.(A)151

Pemberitahuan Bekalan Elektrik (Pengecualian) 1994: P.U. (B) 156

AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990
P.U. (B) 156
PEMBERITAHUAN BEKALAN ELEKTRIK (PENGECUALIAN) 1994

 

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 54 Akta Bekalan Elektrik 1990, Menteri membuat pemberitahuan berikut:

1. Pemberitahuan ini bolehlah dinamakan Pemberitahuan Bekalan Elektrik (Pengecualian ) 1994 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1hb April 1994.

2. Menteri mengecualikan-

  • mana-mana orang yang menggunakan, mengerjakan atau mengendalikan atau membenarkan diguna, dikerja atau dikendalikan apa-apa pepasangan daripada
    perenggan 9(1)(a) Akta kecuali di mana pepasangan itu mengguna punca penjanaan sendiri dan kapasiti penjanaan itu melebihi 5 kilowat;
  • mana-mana orang daripada subseksyen 21(1) dan 21(2) Akta selain daripada orang berikut:
    i.  seseorang yang memiliki atau mengendali sesuatu pepasangan yang menerima tenaga daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan dan padanya suatu janakuasa dipasang bagi maksud membekal tenaga tunggu sedia sekiranya terputus sumber tenaga utama; atau
    ii. seseorang yang.memiliki atau mengendali sesuatu pepasangan yang menerima tenaga daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan pada voltan 11,000 volt atau lebih; dan
  • mana-mana orang daripada subseksyen 23(1) Akta selain daripada seseorang yang mengerjakan atau mengendalikan atau yang mengawal:
    i.     apa-apa pepasangan berlesen;
    ii.    apa-apa pepasangan atau kelengkapan logi elektrik yang dikendalikan pada voltan lebih tinggi dari voltan rendah;
    iii.   apa-apa pepasangan atau kelengkapan logi elektrik yang dikendalikan pada voltan rendah dan menerima tenaga melalui peralatan suis dengan kadaran 100 ampere atau lebih; atau
    iv.   apa-apa pepasangan atau kelengkapan logi elektrik yang menjana lebih daripada 5 kilowat tenaga.

Dibuat pada 7hb Mac 1994

[(S) 15/223/353/22/4-1 KIt. 3; PN. (PU2) 486.])
DATO' SERI S. SAMY VELLU,
Menteri Tenaga, Telekom dan Pos