Tentang Kami

Logo

LOGO ST 2016

 

Logo Suruhanjaya Tenaga diilhamkan dari huruf ‘S’ dan ‘T’ yang telah diubahsuai dan diimplikasikan menjadi bentuk dominan. Bentuk melengkung hasil kombinasi kedua-dua huruf merupakan simbol kepada peranan dinamik dan kritikal Suruhanjaya Tenaga di dalam industri.

Bentuk semi bulat yang terdiri daripada huruf ‘S’ dan ‘T’ merupakan symbol kepada komitmen organisasi ini untuk melindungi kepentingan industri dan pengguna ke arah tahap kehidupan yang berkualiti. Pilihan warna merah perang menggambarkan warna sumber asli tenaga, kekuatan dan semangat kecemerlangan. Pilihan warna biru tua pula mewakili kebijaksanaan dan kebolehpercayaan Suruhanjaya Tenaga.

Pada 2016, Suruhanjaya Tenaga (ST) telah mewartakan logo ST untuk mengelakkan penyalahgunaan logo ST secara berleluasa. Pewartaan logo ST juga memberi makluman terhadap tindakan perundangan yang boleh diambil oleh ST terhadap pihak-pihak yang menyalahgunakan logo ST untuk kepentingan perniagaan mahupun peribadi.

Klik di sini untuk memuat turun Borang Permohonan Penggunaan Logo Suruhanjaya Tenaga.