Laman utama

Energy Regulatory Insight (ERI) 2026

Mengenai

Sertai Suruhanjaya Tenaga di Energy Regulatory Insights (ERI) 2026, sebuah platform strategik yang menghimpunkan pembuat dasar, badan kawal selia, pemimpin industri, pelabur dan pemain teknologi bagi bersama-sama membentuk masa depan sektor tenaga Malaysia.

Bersandarkan momentum kukuh ERI 2025, forum tahun ini akan meneroka bagaimana reformasi ekonomi dan kawal selia yang berani mampu mempercepat peralihan tenaga, merangsang pelaburan, memperkukuh daya saing serta memacu pembentukan ekosistem tenaga negara yang berdaya tahan, mampan dan bersedia menghadapi masa hadapan.



Butiran acara 

Perkara Butiran
Tarikh 8 – 9 September 2026
Tempat Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway
Tema Reformasi Tenaga, Memacu Pertumbuhan

Sorotan Progam

ERI 2026 akan menghimpunkan penggubal dasar, badan kawal selia, pelabur dan pemimpin industri untuk meneroka reformasi berani, pelaburan strategik serta penyelesaian masa hadapan yang berupaya mempercepat peralihan tenaga Malaysia dan memperkukuh daya saing ekonomi negara.

Forum ini akan menampilkan perbincangan berimpak tinggi berkaitan reformasi pasaran, kawal selia progresif, pembiayaan infrastruktur, pendigitalan, sistem tenaga pintar, integrasi serantau serta teknologi baharu yang membentuk landskap tenaga masa hadapan.

 

Fokus Utama

  1. Pasaran Tenaga yang Berdaya Saing dan Progresif
    Memacu reformasi pasaran, kawal selia yang telus serta tadbir urus yang berkesan bagi memperkukuh daya saing, keyakinan pelabur dan kepercayaan pengguna.
  2. Pelaburan dan Infrastruktur bagi Peralihan Tenaga
    Mempercepat pelaburan, strategi pembiayaan dan pembangunan infrastruktur bagi menyokong peralihan tenaga yang terjamin, berdaya tahan dan mampan.
  3. Sistem Tenaga yang Saling Terhubung dan Bersedia Menghadapi Masa Hadapan
    Memajukan pendigitalan, grid pintar, integrasi serantau, kecekapan tenaga serta teknologi baharu bagi memperkasa generasi sistem tenaga seterusnya.

Maklumat Lanjut

Maklumat Lanjut Akan Diumumkan

Daftarkan Minat Anda