Soalan Lazim
CRESS · Caj Akses Sistem (SAC) dan Rangka Kerja Kawal Selia
Merujuk kepada seksyen 6.20, di mana MRED adalah lebih besar daripada jumlah MGC disebabkan penggunaan tenaga Green Consumer yang lebih rendah, jumlah tenaga yang melebihi MGC hendaklah dianggap sebagai tenaga percuma. Adakah REC dalam keadaan ini menjadi hak milik RED, memandangkan RED tidak diberi pampasan melalui NEDA bagi suntikan output ke dalam grid? Selain itu, adakah output ini akan didaftarkan dalam MRED?
Merujuk kepada seksyen 8.12, di mana tenaga yang dieksport oleh RED adalah lebih besar daripada permintaan tenaga bulanan maksimum oleh Green Consumer disebabkan ketidakseimbangan antara penjanaan dan permintaan, tenaga yang dieksport tersebut tidak akan diberi pampasan. Dalam keadaan ini, adakah REC tersebut menjadi hak milik RED? Memandangkan RED tidak diberi pampasan melalui NEDA bagi suntikan output ke dalam grid? Selain itu, adakah output ini akan didaftarkan dalam MRED?
Merujuk kepada seksyen 8.14 (a) dan (b), apakah perbezaan harga bagi System Access Charge (SAC) untuk Green Energy Plant (GEP) dengan dan tanpa BESS?
Dalam seksyen 11, dinyatakan bahawa "SAC hendaklah dikaji semula pada setiap Tempoh Kawal Selia". Apakah definisi "Tempoh Kawal Selia," dan adakah terdapat andaian mengenai sejauh mana turun naik SAC akan berubah (jika ada)?
Merujuk kepada seksyen 11.3, SAC akan dikaji semula pada setiap Tempoh Kawal Selia, adakah ambang akan ditetapkan untuk SAC bagi output firm dan non-firm semasa Tempoh Kawal Selia tersebut?
Di bawah Klausa 6.18 - Bil yang dikeluarkan oleh SB kepada RED, perkara (c) menyebut "caj NEDA berkaitan, dan perkhidmatan lain (jika ada)". Sila jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan caj NEDA berkaitan dan perkhidmatan lain apakah yang akan dikenakan o