Soalan Lazim
CRESS
Proses Permohonan dan Dokumentasi
Merujuk kepada seksyen 13.1, kami memahami bahawa Single Buyer akan mula menerima permohonan bermula 30 September 2024, namun untuk penjelasan, adakah terdapat garis masa untuk penyerahan (seperti yang berlaku dalam CGPP)?
Apakah garis masa untuk menerima keputusan sebagai pembida berjaya/permohonan lengkap, andaikan kami mengemukakan permohonan pada 30 September 2024?
Merujuk kepada seksyen 7.2, adakah templat kontrak untuk CRESA, RE SAA, Perjanjian NEDA, Perjanjian Backfeed akan dikeluarkan tidak lama lagi?
Merujuk kepada seksyen 13.4(j), bolehkah kami mendapatkan penjelasan mengenai dokumen deklarasi lalai (default) yang perlu dikemukakan? Selain itu, adakah ST akan mengeluarkan lampiran/borang yang serupa dengan yang diperlukan di bawah CGPP?
Berapakah tempoh yang dijangkakan bagi proses kelulusan penyertaan CRESS?
Pematuhan Garis Panduan dan Penjelasan Operasi
Sama seperti CGPP, adakah bon komitmen akan dikenakan ke atas RED?
Merujuk kepada seksyen 14.1(a), sekiranya GEP tidak dilaksanakan mengikut jadual atau tidak disiapkan menjelang COD yang dijadualkan, Suruhanjaya berhak menarik balik penyertaan peserta tersebut. Adakah ini bermaksud terdapat "sunset COD" yang ditetapkan di bawah CRESS yang perlu dipatuhi oleh RED?
Merujuk kepada seksyen 6.11, yang menyatakan bahawa "Bacaan meter di premis RED dan Green Consumer hendaklah diselaraskan supaya bacaan mencerminkan bekalan dan penggunaan elektrik yang berlaku dalam masa yang sama semasa Tempoh Pengebilan." Apakah yang dimaksudkan dengan "masa yang sama"? Adakah ini sehingga ke minit dan jam yang tepat, atau ini merujuk kepada kitaran bulanan/pengebilan yang sama semasa Tempoh Pengebilan? Seksyen ini kelihatan bercanggah dengan seksyen 6.20 dan 8.12.
Merujuk kepada seksyen 8.20, untuk penjelasan, jika pelanggan sedia ada mempunyai permintaan 10MW dan permintaan tambahan baharu 5MW, adakah ambang minimum dikira seperti berikut: 100% x 15MW x 0.52 x 730 jam?
Dalam seksyen 8.16, dinyatakan bahawa "GSO berhak mengarahkan GEP untuk mengurangkan, mengekalkan atau meningkatkan output tertakluk kepada keadaan sistem". Adakah Renewable Energy Developer (RED) akan diberi pampasan jika diarahkan untuk tujuan ini? Jika ya, berapakah jumlahnya?