CRESS

Merujuk kepada seksyen 6.11, yang menyatakan bahawa "Bacaan meter di premis RED dan Green Consumer hendaklah diselaraskan sedemikian rupa supaya bacaan tersebut mencerminkan bekalan dan penggunaan elektrik yang berlaku dalam masa yang sama semasa Tempoh Pengebilan." Apakah yang dimaksudkan dengan "masa yang sama"? Adakah ini sehingga ke minit dan jam yang tepat, atau ia merujuk kepada kitaran pengebilan/bulanan yang sama semasa Tempoh Pengebilan? Seksyen ini seolah-olah bercanggah dengan seksyen 6.20 dan 8.12.

Tempoh Pengebilan merujuk kepada bil bulanan bermula dari 1hb bulan tersebut sehingga akhir bulan. Tempoh Pengebilan yang sama akan digunakan untuk :-

i. TNB mengebil GC bagi permintaan maksimum dan baki tenaga

ii. TNB mengebil RED bagi penggunaan backfeed

iii. SB mengebil RED bagi SAC