CRESS

Merujuk kepada seksyen 8.10, sekiranya berlaku penarikan diri Green Consumer, bolehkah RED memohon semula untuk menyertai CRESS jika mereka mendapati Green Consumer baharu untuk menggantikan yang telah menarik diri? Adakah Green Consumer baharu tersebut perlu menjadi pengguna elektrik baharu?

RED dibenarkan memohon semula untuk menyertai CRESS sekiranya Green Consumer menarik diri. Walau bagaimanapun, Green Consumer baharu tersebut mestilah pelanggan sedia ada EUC dengan permintaan tambahan baharu atau pelanggan baharu yang perlu memeterai CRESA dengan EUC, selaras dengan garis panduan. Proses permohonan semula mungkin memerlukan kelulusan kerajaan, termasuk pindaan kepada lesen RED, dan mungkin melibatkan penilaian tambahan bagi memastikan pematuhan dan kebolehlaksanaan. Bagi mengurangkan risiko penarikan diri dan gangguan yang berpotensi, RED amat digalakkan untuk memilih Green Consumer yang boleh dipercayai dan bereputasi baik yang komited kepada penyertaan jangka panjang dalam CRESS.