Pengguna Tenaga

Apakah keperluan untuk mengemukakan Laporan Kecekapan dan Pemuliharaan Tenaga (EE&C) di bawah EECA 2024?

Pengguna tenaga mesti mengemukakan Laporan EE&C yang disediakan oleh Pengurus Tenaga Berdaftar (REM) selaras dengan garis panduan Suruhanjaya. Laporan pertama perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas satu tahun dari pelantikan pertama REM, dengan laporan seterusnya dikemukakan setiap tahun dalam tempoh 30 hari selepas setiap ulang tahun pelantikan.