Apakah keperluan untuk menjalankan audit tenaga dan mengemukakan laporan audit tenaga di bawah EECA 2024?
Pengguna tenaga dikehendaki melantik Juruaudit Tenaga Berdaftar (REA) untuk menjalankan audit tenaga dan mengemukakan laporan audit tenaga selaras dengan Garis Panduan Laporan Audit Tenaga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya. Laporan audit pertama mesti dikemukakan dalam tempoh satu tahun dari tarikh notis. Laporan audit seterusnya mesti dikemukakan setiap lima tahun, atau jika notis pengecualian dikeluarkan, selaras dengan tempoh yang dinyatakan dalam notis pengecualian tersebut.
Seperti yang dinyatakan dalam perenggan 4.1.12 Garis Panduan Laporan Audit Tenaga, peralatan atau sistem yang diaudit hendaklah merangkumi sekurang-kurangnya 80% daripada sistem penggunaan tenaga yang dikenal pasti dalam inventori beban tersambung fasiliti, meliputi kedua-dua sistem elektrik dan terma, jika berkenaan. Keutamaan hendaklah diberikan kepada sistem, peralatan atau proses yang menyumbang secara signifikan kepada penggunaan tenaga fasiliti.
Sila rujuk infografik di bawah untuk ilustrasi mengenai cara keperluan skop audit minimum 80% boleh dilaksanakan.