Prosedur Permohonan Peperiksaan Kecekapan bagi Perakuan Pendawai Elektrik

Pemohon bagi peperiksaan di atas hendaklah dibuat secara dalam talian melalui sistem ECOS.

Syarat-syarat Peperiksaan Kecekapan bagi Perakuan Pendawai Elektrik

(Peraturan 50, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya)

Pendawai Fasa Tunggal (PW1)

  1. Seorang warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun.
  3. Kelayakan pendidikan minima - tamat tingkatan lima.
  4. Mempunyai pengalaman kerja dua tahun dalam pendawaian elektrik dengan Kontraktor Elektrik atau Unit Pendawaian Persendirian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
  5. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
  6. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam pendawaian bagi mana-mana pepasangan.
  7. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik.
  8. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta Bekalan Elektrik 1990 dan peraturan-peraturannya.
     

Pengecualian:

  1. Kelayakan pendidikan minima - tamat tingkatan lima.
  2. Dikecualikan daripada peperiksaan teori, amali dan lisan:
    1. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) peringkat pertengahan atau tahap 2;
    2. Memiliki SKM selama tempoh 1 tahun dan sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman kerja dengan Kontraktor Elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya
  3. Tenaga selepas memegang SKM selama tempoh 1 tahun.
  4. Mana-mana calon yang layak mendapat pengecualian hanya akan dianugerahkan sebagai pendawai fasa tunggal bertauliah tanpa endorsan pengujian (PW1).
  5. Mana-mana calon yang berminat untuk mendapatkan perakuan Kecekapan Pendawai dengan endorsan pengujian (PW2) hendaklah menduduki peperiksaan lisan. Jika gagal, calon tersebut hanya akan dianugerahkan sebagai pendawai fasa tunggal bertauliah tanpa endorsan pengujian (PW1).
  6. Mana-mana calon yang berminat untuk menduduki peperiksaan pendawai dengan endorsan pengujian (PW2) hendaklah membayar fi seperti berikut:
    1. fi peperiksaan (RM50.00); dan
    2. fi peperiksaan endorsan pengujian (RM50.00).
       

Pendawai Tiga Fasa (PW3)

  1. Syarat-syarat adalah seperti berikut:-
    1. Memiliki perakuan Kecekapan Pendawai Fasa Tunggal (PW1/PW2) sekurang-kurangnya 1 tahun dari tarikh pengeluaran;
    2. Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman kerja dalam pendawaian elektrik dengan kontraktor elektrik/unit pendawaian persendirian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga atau bekerja dengan Jabatan/Agensi Kerajaan dan memiliki buku log yang lengkap berdasarkan pengalaman kerja;
    3. Perakuan Kecekapan Pendawai Fasa Tunggal (PW1/PW2) hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
  2. Calon yang lulus Peperiksaan Kecekapan Pendawai Tiga Fasa (PW3) dan memiliki Perakuan Pendawai Fasa Tunggal dengan endorsan pengujian (PW2) layak mendapat Perakuan Kecekapan Pendawai Tiga Fasa dengan endorsan pengujian (PW4), tertakluk kepada penyelesaian fi peperiksaan.
    • Prosedur Permohonan Peperiksaan Kecekapan bagi Perakuan Pendawai Elektrik
    • Carta Alir Peperiksaan Kecekapan Perakuan Pendawai Elektrik
    • Sukatan Pelajaran bagi Pendawai
    • Kategori bagi Pendawai
       

Fi Peperiksaan Kompeten bagi Pendawai

(Bahagian IV Jadual Dua, Peraturan 55, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994)

  1. Fi Proses Permohonan – RM20
  2. Perakuan Kecekapan Peperiksaan Pendawai – RM 60.00