‹
Pendaftaran Sebagai Orang Kompeten
Penjaga Jentera
Prosedur Permohonan Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik
Permohonan untuk menduduki peperiksaan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui sistem ECOS pada laman sesawang Suruhanjaya Tenaga
Syarat-Syarat Untuk Menduduki Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik
(Peraturan 49, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya)
- Seorang warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 20 tahun.
- Kelayakan pendidikan minima yang telah ditetapkan adalah tamat tingkatan lima sekolah bantuan kerajaan.
- Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada tiga (3) tahun dalam persekitaran di mana terdaapat pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup
- Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan
- Memahami penggunaan pelbagai jenis kelengkapan yang kemungkinan berada di bawah penjagaannya dan mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk memasang dan mengendalikannya tanpa bahaya
- Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik
- Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta dan apa-apa peraturan yang dibuat dibawahnya
|
CANDIDATE QUALIFICATION |
|
|
|
|
EXPERIENCE |
|
|
|
Fi dan Prosedur Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik
(Part IV Table Two, Regulation 55, Electricity Regulations 1994)
- Fi Proses Permohonan – RM20.00
- Fi Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera – RM110.00
- Peringkat peperiksaan
- Teori
- Amali
- Lisan
Nota: Calon-calon dikehendaki lulus ke tiga-tiga peringkat peperiksaan bagi dianugerahkan perakuan kekompetenan tersebut
- Kebenaran mengulang peperiksaan
- Calon-calon yang gagal dalam mana-mana bahagian peperiksaan (amali dan lisan) akan diberi kebenaran untuk mengulang peperiksaan dalam tempoh dua (2) tahun.
- Contoh mengulang peperiksaan:
| NO | TEORI | PRAKTIKAL | LISAN | KEPUTUSAN |
| 1 | G | TB | TB | Mengulang teori |
| 2 | L | L | G | Mengulang lisan sahaja |
| 3 | L | G | TB | Mengulang amali dan lisan |
L : Lulus, G: Gagal, TB : Tidak Berkaitan
Kategori Penjaga Jentera
| Bil | Kategori | Perakuan | Klasifikasi |
|---|---|---|---|
| Sistem Voltan Rendah (dibawah 1000V) | |||
| 1 | AO | PJ1 | Sistem Voltan Rendah (Tanpa Talian Ariel dan Stesen Janakuasa) |
| 2 | A1 | PJ2 | Sistem Voltan Rendah (Tanpa Stesen Janakuasa) |
| 3 | A4-2 | PJ32 | Sistem Voltan Rendah (Tanpa Talian ariel dan Penyegerakkan (Synchronising) Janakuasa) |
| 4 | A4-1 | PJ3 | Sistem Voltan Rendah (Tanpa Penyegerakkan (Synchronising) Janakuasa) |
| 5 | A4 | PJ4 | Sistem Voltan Rendah |
| Voltan Melebihi Voltan Rendah ( 11kV atau 33kV) | |||
| 6 | BO-2 | PJ52 | Sistem Voltan Melebihi Voltan Rendah (Tanpa Talian ariel dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah; dan Tanpa Penyegerakkan (Synchronising) Janakuasa dan Talian Aerial Voltan Rendah) |
| 7 | BO-1 | PJ5 | Sistem Voltan Melebihi Voltan Rendah (Tanpa Talian aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah; dan Tanpa Penyegerakan (Synchronising) Janakuasa Voltan Rendah) |
| 8 | BO | PJ6 | Sistem Voltan Melebihi Voltan Rendah (Tanpa Talian aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah) |
| 9 | B1 | PJ7 | Sistem Voltan Melebihi Voltan Rendah (Tanpa Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah) |
| 10 | B4 | PJ8 | Sistem Voltan Melebihi Voltan Rendah |
Carta Aliran Menduduki Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik
Sukatan Pelajaran Bagi Penjaga Jentera Elektrik
Sekatan AO ( Sistem Voltan Rendah Tanpa Stesen Janakuasa dan Talian Atas)
- Perkara – perkara yang berkaitan:-
- Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001.
- Peraturan-peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaanya.
- Standard MS IEC 60364:2003 Electrical Installations of Building.
- MS 1936:2006 Electrical Installations of Building – Code of Practice.
- MS 1936:2006 Electrical Installations of Building – Guide To MS IEC 60364
- Pemulihan pernafasan, pertolongan cemas dan rawatan renjatan elektrik.
- Sistem Pencegah Kebakaran
- Pemilihan dan kendalian alat pemadam kebakaran mudahalih (portable fire extinguisher)
- Sistem gas halon dan "sprinkler"
- Sistem penggera
- Alat-alat Perlindungan dalam Pepasangan Voltan Rendah
- Semua jenis pemutus litar (ACB, OCB, MCCB, MCB, ELCB, etc.)
- Suis-suis keselamatan
- Semua jenis fius-fius boleh didawai semula, HRC, "time lag fuse", dan sebagainya.
- 'oil dash pot'
- Pembumian
- Elektrik Asas
- Angkadar / faktor kuasa (power factor)
- Definisi dan perkiraan angkadar kuasa
- Kesan-kesan faktor kuasa yang rendah
- Kadaran pemuat (capacitor rating) bagi pembetulan p.f
- Voltan
- Arus (litar arus terus dan litar arus ulangalik)
- Kuasa (kW, kVA, kVAR)
- Perintang
- Pemuat (capacitor)
- Gelung (Inductor); dan
- Asas kemagnetan
- Angkadar / faktor kuasa (power factor)
- Pengubah (Transformer)
- Binaan, jenis, kegunaan, perbezaan antara pengubah jenis lain.
- Fungsi bahagian-bahagian penting dalam pengubah
- 'overhauling'
- Pengujian (testing) dan mula tugas (commissioning)
- Kabel
- Pemilihan kabel
- Jenis, saiz, keupayaan membawa arus, susutan voltan
- Penyambungan dan tamatan (joints and terminations)
- Kerosakkan-kerosakkan pada kabel dan penganalisaan kerosakkan
- Penggunaan alat-alat mengesan kerosakkan pada kabel
- Pemilihan kabel
- Kabel Bawah Tanah
- Jenis-jenis kabel, saiz, keupayaan membawa arus, penggalian, cara merentang dan menanam kabel (excavation and cable laying) bagi berbagai situasi.
- Penyambungan kabel (cable jointing), penentuan fasa (phasing) dan tamatan (termination)
- Perkakas kawalan (associated control gears) peti pembekal papan agihan (feeder pillar distribution board).
- Pembinaan, pengendalian dan penyelenggaraan
- Motor dan Alat Kawalan
- Jenis-jenis motor, kegunaan, perbezaan dan cara gerak tugas
- Penyelenggaraan, mengesan kerosakkan dan pembaikan
- Penghidup termasuk ciri-ciri perlindungan
- Bateri
- Prinsip kerja
- Jenis, saiz, penyelenggaraan dan sistem cas
- Alatukur dan alatuji
- Pengenalan dan penggunaan berbagai jenis alatukur dan alatuji
- Pendingin Udara
- Jenis-jenis pendingin udara
- Komponen-komponen pendingin udara
- Kendalian dan senggaraan
- Pemeriksaan bagi Peralatan Papan Suis Utama
- Sistem pembumian, OCB, papan suis, 'switching tripping equipmen', pengasing, 'relay and pilot wiring', dan sebagainya.
- Pepasangan penggunaan (consumer installation)
- Reka bentuk dan jenis-jenis pendawaian bagi pepasangan pengguna
- Pembumian
- Pengujian pepasangan (ujian-ujian turutan)
- Pepasangan lampu neon
- Lampu Jalan
- Pemasangan dan penyelenggaraan
Sekatan A1 (Sistem Voltan Rendah Tanpa Stesen Janakuasa)
- Semua sukatan pelajaran bagi AO termasuk Sistem Talian Atas
- Talian Atas
- Jenis-jenis tiang (poles) pembinaan dawai umbang (stay).
- Jenis-jenis kabel, saiz keupayaan membawa arus
- Pemasangan talian meliputi meregang (tensioning), melendut (sagging), dan had kelegaan (clearance).
- Peralatan talian atas seperti 'pole fuses', penangkap kilat (lightning arrestors), pendakap D (D bracket).
- Pemasangan dan penyelenggaraan peralatan talian atas dan lain-lain seperti peti pembekal (feeder pillars) dan papan agihan
- Pembumian
- 'span length' dan kedudukan tiang
- Lampu jalan
- Langkah-langkah keselamatan ketika bekerja
Sekatan A4-2 (Sistem Voltan Rendah Tanpa Talian Atas dan Janakuasa Segerak)
- Semua sukatan pelajaran bagi sekatan AO
- Stesen Janakuasa :-
- Penjanaan voltan rendah.
- Perkakas suis (Switchgears) voltan rendah.
- 'Low Voltage Diesel generator'
- Pengujian, penyelenggaraan Automatic Voltage Regulator (AVR)
Sekatan A4-1 (Sistem Voltan Rendah Tanpa Penyegerakkan (synchronizing) Janakuasa)
- Semua sukatan pelajaran bagi sekatan A0 dan A1
- Stesen Janakuasa:-
- Penjanaan voltan rendah.
- Perkakas suis (switchgears) voltan rendah.
- 'Low Voltage Diesel generator'.
- Pengujian, penyelenggaraan Automatic Voltage Regulator (AVR).
Sekatan A4 (Sistem Voltan Rendah)
- Semua sukatan pelajaran bagi sekatan AO, sekatan A1 dan sekatan A4-1.
- Penyegerakan Janakuasa:
- Tujuan penyegerakan
- Faktor-faktor yang berkaitan dengan proses penyegerakan
- Kaedah penyegerakan dijalankan (theoretically and practical)
Sekatan BO-2 (Sistem Voltan Tinggi Tanpa Stesen Janakuasa Voltan Tinggi, Talian Atas Voltan Tinggi, Janakuasa Segerak Voltan Rendah dan Talian Atas Voltan Rendah)
- Semua sukatan pelajaran bagi sekatan A4-2.
- Sistem Voltan Tinggi (sehingga 33kV) bagi semua perkara dalam sukatan pelajaran sekatan AO.
Sekatan BO-1 (Sistem Voltan Tinggi Tanpa Stesen Janakuasa Voltan Tinggi, Talian Atas Voltan Tinggi dan Janakuasa Segerak Voltan Rendah)
- Semua sukatan pelajaran bagi sekatan A4-1.
- Sistem Voltan Tinggi (sehingga 33kV) bagi semua perkara dalam sukatan pelajaran sekatan AO.
Sistem Voltan Tinggi tanpa Stesen Janakuasa Voltan Tinggi dan Talian Atas Voltan Tinggi
- Semua sukatan pelajaran bagi sekatan A4.
- Sistem Voltan Tinggi (sehingga 33 kV) bagi semua perkara dalam sukatan pelajaran sekatan AO.
Sekatan B1 ( Sistem Voltan Tinggi Tanpa Stesen Janakuasa Voltan Tinggi)
- Semua sukatan pelajaran bagi sekatan A4.
- Sistem Voltan Tinggi (sehingga 33kV) bagi semua perkara dalam sukatan pelajaran sekatan A1.
Sekatan B4 (11kV or 33kV)
- Semua sukatan pelajaran bagi sekatan A4.
- Sistem Voltan Tinggi (sehingga 33kV) bagi semua perkara dalam sukatan pelajaran sekatan A4.