Kontraktor
Pendaftaran Sebagai Kontraktor Gas
Untuk memastikan supaya hanya kontraktor yang mahir dan berkeupayaan sahaja dibenarkan menjalan kerja-kerja pada pepasangan gas, peraturan 103 menetapkan bahawa tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa kerja berkenaan dengan pemasangan, pembinaan, pengujian, penjalanan, penentukuran, penyenggaraan, pembaikan atau pengendalian talian paip atau pepasangan gas atau sebahagian daripadanya melainkan jika dia memegang Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Gas yang sah yang dikeluarkan di bawah peraturan bekalan gas 1997.
Bagi tujuan pendaftaran, kontraktor gas dikelaskan kepada 4 kelas iaitu Kelas A, B, C dan D. Kontraktor kelas tertinggi iaitu Kelas A, boleh menjalakan semua kategori kerja, yakni merekabentuk, memasang, menguji, menyenggara dan membaiki semua kelas pepasangan gas, manakala Kontraktor Kelas D dibolehkan menjalankan hanya kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan pada pepasangan kelas III sahaja.
Kategori Kontraktor Gas
1) Terdapat 4 kategori Kontraktor Gas:
-
Kontraktor Gas Kelas A
- Kontraktor Gas Kelas B
- Kontraktor Gas Kelas C
- Kontraktor Gas Kelas D
2) Kehendak bagi pendaftaran sebagai Kontraktor Gas:
- Orang itu telah mendaftarkan perniagaannya dengan Pendaftar Perniagaan atau Pendaftar Syarikat, mengikut mana-mana yang berkenaan;
- Orang itu mengambil kerja, secara sepenuh masa, orang kompeten yang dinyatakan dalam subperaturan 105(1), 106(1), 107(1) dan 108(1) yang ditetapkan dalam Jadual 4 Jadual Kedua;
- Orang itu mempunyai perlindungan insurans untuk pekerjanya di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
- Orang itu mempunyai kelengkapan yang sesuai, kelengkapan pengujian dan peralatan yang berkaitan dengan kerjanya sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya Tenaga.
Jadual 4 Jadual Kedua Orang Kompeten yang dikehendaki bagi Kelas Tertentu Kontraktor Gas
3) Maklumat yang dikehendaki bagi pendaftaran sebagai Kontraktor Gas:
|
Kontraktor Gas | Standard Minima Orang Kompeten yang dikehendaki |
---|---|---|
1. | Kelas A | (i) Jurutera Gas atau Penyelia Kejuruteraan Gas; dan(ii) Jurugegas Gas Kelas I |
2. | Kelas B | (i) Jurugegas Gas Kelas I |
3. | Kelas C | (i) Jurugegas Gas Kelas II |
4. | Kelas D | (i) Jurugegas Gas Kelas III |
- Nama dan alamat semua rakan kongsi dalam hal perkongsian berdaftar, dan semua pengarah, pengurus dan pemegang saham dalam hal syarikat berdaftar;
- Premis yang disewa atau dimiliki bagi menjalankan perniagaan; dan apa-apa maklumat lain yang Suruhanjaya Tenaga fikirkan perlu.
Yuran
Fi bagi pendaftaran Kontraktor Gas:
|
Fi permulaan / tahun | Fi pembaharuan / tahun |
---|---|---|
Kelas A | RM 3000.00 | RM 2000.00 |
Kelas B | RM 2000.00 | RM 1000.00 |
Kelas C | RM 1000.00 | RM 700.00 |
Kelas D | RM 500.00 | RM 300.00 |