Perlesenan

Tatacara Pemprosesan Lesen

Pemohon atau syarikat yang dilantik oleh pemohon boleh membuat permohonan melalui sistem Online Application System. Bagi mengemukakan permohonan lesen awam dan lesen persendirian 5MW dan ke atas, sila klik di sini e-Electricity

Jenis Lesen

Peraturan – peraturan Elektrik 1994 memperuntukkan dua jenis lesen yang dikeluarkan di bawah Seksyen 9, Akta Bekalan Elektrik 1990, iaitu:

  1. Lesen Persendirian bagi pemohon yang menjana dan menggunakan elektrik untuk kegunaan sendiri;
  2. Lesen Awam bagi pemohon yang membekalkan tenaga daripada mana-mana pepasangan kepada atau bagi kegunaan mana-mana orang lain.

Garis Panduan Pelesenan

Bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai tatacara permohonan lesen dan syarat-syarat kelayakan, sila klik di sini Garis Panduan Tatacara Pelesenan Pembekalan Elektrik