Orang Kompeten

Pencantum Kabel

Prosedur Permohonan Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Pencantum Kabel

Permohonan untuk menduduki peperiksaan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui sistem ECOS pada laman sesawang Suruhanjaya Tenaga (www.st.gov.my).


Pencantum Kabel
  1. Kategori Pencantum Kabel:
       a)  PK1 (1kV)
       b)  PK2 (11kV)
       c)  PK3 (33kV)
       d)  PK4 (66kV)
       e)  PK5 (132kV)
        f)  PK6 (Tiada sekatan)
  2. Mana-mana cantuman, sambungan atau penamatan elektrik hendaklah dibina dan dibuat bagi memenuhi maksudnya berkenaan dengan kekonduksiaan, penebatan, kekuatan mekanik dan perlindungan mekaniknya.
  3. Sesuatu cantuman sambungan atau penamatan mana-mana kabel atau sesuatu cantuman berperisai bertebatkan polivinil klorida hendaklah dijalankan oleh Pencantum Kabel.
  4. Kabel yang disebut dalam subperaturan (3) hendaklah termasuk:-
        a)  Suatu kabel bertebat kandungan kertas, disalut dalam plumbum atau aluminium
        b)  Kabel berperisai dengan penebat thermostat
        c)  Kabel bertebat mineral
        d)  Kabel bertebat polimer
        e)  Kabel berisi minyak
        f)  Kabel tekanan gas
        g)  Mana-mana kabel lain yang Suruhanjaya Tenaga fikirkan pencantuman, penyambungan dan penamatan kabel itumenghendaki kemahiran khusus


Syarat-Syarat Untuk Menduduki Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Pencantum Kabel

(Peraturan 51, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaanya)

  1. Seorang warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang daripada 20 tahun;
  3. Kelayakan pendidikan minima yang telah ditetapkan adalah tamat tingkatan lima sekolah bantuan kerajaan;
  4. Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada 3 tahun dalam mencantum, menyambung dan menamatkan kabel
  5. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Kebangsaan
  6. Sebelum calon-calon memohon menduduki peperiksaan dia hendaklah tahu dan memahami kerja mencantum, menyambung dan menamatkan pelbagai jenis kabel yang kemungkinan berada di bawah jagaanya dan mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk melakukan kerja itu.
  7. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik.
  8. Mempunyai pengetahuan mencukupi tentang Akta dan apa-apa peraturan yang dibuat dibawahnya.
ATAU
  1.     Peperiksaan Kekompetenan Pencantum Kabel bagi Calon-Calon dari TNB, SESB dan SESCO

(Circular of Electricity Supply Department Number 1 Year 1996, dated 10 Feb 1996)

       a) Kelayakan:
      1.  Kelayakan Asas (Seperti di atas)
      2. Mempunyai Sijil Kecekapan selama tiga (3)  tahun yang dikeluarkan oleh Pihak Pengurusan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn. Bhd.(SESB) dan Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCO) yang masih berkhidmat atau yang telah meninggalkan perkhidmatannya,
      3. Mempunyai Sijil Kelulusan (bukan menghadiri kursus/seminar) yang dikeluarkan oleh ILSAS/IKATAN atau SESB atau SESCO
      b) Cara menduduki peperiksaan
          i.  Menduduki peperiksaan lisan Bahagian Akta dan Peraturan

Fi Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Pencantum Kabel

(Bahagian IV Jadual Kedua, Peraturan 54,Peraturan-Peraturan Elektrik 1994)
1.    Fi Proses Permohonan – RM20.00
2.    Fi Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Pencantum Kabel – RM60.00


Kategori Perakuan Orang-Orang Kompeten

 
 Bil. Perakuan Sekatan Voltan
  1. PK1 Voltan Rendah
  2. PK2 Sehingga 11kV
  3. PK3 Sehingga 33kV
  4. PK4 Sehingga 66kV
  5. PK5 Sehingga 132kV
  6. PK6 Tiada Sekatan