Pepasangan

Kelulusan Untuk Pepasangan

Peraturan 15(1) Peraturan-peraturan Bekalan Gas 1997 menetapkan bahawa Kelulusan untuk Memasang hendaklah diperolehi dari Suruhanjaya Tenaga sebelum mana-mana pihak memulakan kerja pada pepasangan gas baru atau tambahan.

Secara prinsipnya semua kod berkaitan dalam merekabentuk sistem talian paip dan pepasangan gas adalah diterimapakai oleh Suruhanjaya Tenaga. Kod rekabentuk yang perlu digunakan sebagai asas ialah:

  • MS 830: Malaysian Code of Practice for the Storage, Handling and Transportation of Liquefied Petroleum Gas.
  • MS 930: Malaysian Code of Practice for the Installation of Fuel Gas Piping Systems and Appliances.
  • ANSI/ ASME B 31.8: American National Standard for Gas Transmission and Distribution Piping Systems.

Nota: Bagi kes-kes tertentu yang melibatkan kerja-kerja pada pepasangan gas yang tidak diliputi oleh kod-kod di atas, kod-kod lain yang diiktiraf oleh industri gas boleh dipertimbangkan untuk digunapakai.

Syarat-syarat untuk mendapatkan Kelulusan untuk Memasang

  1. Permohonan Kelulusan untuk Memasang (ATI) perlu dilakukan oleh Kontraktor Gas berdaftar melalui sistem OAS (Online Application System) di URL:https://oas.st.gov.my/
  2. Rekabentuk dan pembinaan sistem talian paip gas mematuhi kehendak-kehendak keselamatan dan teknikal yang ditetapkan oleh Akta Bekalan Gas 1993, Peraturan-peraturan Bekalan Gas 1997, Garispanduan dan Pekeliling Suruhanjaya Tenaga dan standard-standard yang berkaitan.
  3. Kontraktor Gas dan Orang Kompeten Gas mempunyai perakuan pendaftaran yang sah dan layak menjalankan kerja mengikut kelas pepasangan gas yang terbabit.
  4. Gegasan, perkakas dan kelengkapan gas yang akan dipasang adalah dari jenis/model yang telah diluluskan oleh Surahanjaya Tenaga;
  5. Kerja-kerja kimpalan paip dilaksanakan oleh pengimpal yang bertauliah.
  6. Semua permohonan bagi Kelulusan untuk Memasang (ATI) akan diproses dan diluluskan dalam tempoh 15 hari waktu bekerja setelah menerima permohonan lengkap

 

ati ato

Muat turun