Penjaga Jentera A1

  1. Bekerja tidak kurang daripada tiga (3) tahun dalam persekitaran dimana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup termasuk satu (1) tahun dalam pemasangan dan penyelenggaraan talian atas voltan rendah
  2. Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja dalam persekitaran dimana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan kerja-kerja mengawal kelengkapan hidup, dan juga kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan talian atas voltan rendah  bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan  dan juga majikan.
  3. Mempunyai penyata KWSP atau SOCSO, bukti pengalaman kerja tiga (3) tahun tersebut atau lebih.
    atau
  4. Mempunyai perakuan kekompetenan Penjaga Jentera kategori A0 dengan berpengalaman kerja selama satu (1) tahun dalam pengendalian talian atas voltan rendah
  5. Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan talian atas voltan rendah bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
  6. Mempunyai penyata KWSP atau SOCSO, bukti pengalaman kerja satu (1) tahun tersebut atau lebih.
    atau
  7. Mempunyai perakuan kekompetenan Pendawai (PW1/PW2/Pw3/PW4) dengan pengalaman kerja tidak kurang dari dua (2) tahun, (satu (1) tahun dalam persekitaran dimana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup dan satu (1) tahun dalam pemasangan dan penyelenggaraan talian atas voltan rendah)
  8. Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup, dan pemasangan dan penyelenggaraan talian atas voltan rendah bagi tempoh pengalaman di atas,  yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
  9. Mempunyai penyata KWSP atau SOCSO, bukti pengalaman kerja dua (2) tahun tersebut atau lebih.