Penjaga Jentera A4

  1. Mempunyai perakuan kekompetenan Penjaga Jentera kategori A0 dengan berpengalaman kerja selama dua (2) tahun, iaitu satu (1) tahun janakuasa segerak voltan rendah dan satu (1) tahun dalam pemasangan dan penyelenggaraan talian atas voltan rendah
  2. Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja janakuasa segerak dan juga kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan talian atas voltan rendah bagi tempoh pengalaman di atas,  yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
  3. Mempunyai penyata KWSP atau SOCSO, bukti pengalaman kerja dua (2) tahun tersebut atau lebih.
    atau
  4. Mempunyai perakuan kekompetenan Penjaga Jentera kategori A1 dengan berpengalaman selama satu (1) tahun janakuasa  segerak voltan rendah
  5. Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja janakuasa segerak voltan rendah di atas bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
  6. Mempunyai penyata KWSP atau SOCSO, bukti pengalaman kerja satu (1) tahun tersebut atau lebih.
    atau
  7. Mempunyai perakuan kekompetenan Penjaga Jentera kategori A4-1 dengan berpengalaman selama satu (1) tahun janakuasa segerak voltan rendah
  8. Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja janakuasa segerak di atas bagi tempoh pengalaman di atas,  yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
  9. Mempunyai penyata KWSP atau SOCSO, bukti pengalaman kerja satu (1) tahun   tersebut atau lebih.
    atau
  10. Mempunyai perakuan kekompetenan Penjaga Jentera kategori A4-2 dengan berpengalaman selama dua (2) tahun, iaitu satu (1) tahun janakuasa segerak voltan rendah dan satu (1) tahun talian atas voltan rendah
  11. Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja janakuasa segerak voltan rendah  dan talian atas voltan rendah bagi tempoh pengalaman di atas,  yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
  12. Mempunyai penyata KWSP atau SOCSO, bukti pengalaman kerja dua (2) tahun tersebut atau lebih.