PROGRAM (20 MINGGU) Kursus hendaklah dijalankan selama lima (5) bulan mengikut turutan seperti berikut:
- Tiga (3) bulan di institusi termasuk latihan amali.
- Empat (4) minggu latihan kerja industri di industri perkilangan / perdagangan dimana pepasangannya berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
- Empat (4) minggu di institusi untuk ulangkaji termasuk peperiksaan akhir.
- Kehadiran kursus di institusi tidak kurang dari 80%.
- Kehadiran latihan kerja industri tidak kurang dari 90%.
|
- Kelayakan Asas.
- Pengalaman:
i. Mempunyai Perakuan kekompetenan Penjaga Jentera kategori A4 dengan berpengalaman selama dua (2) tahun didalam sistem voltan tinggi, dan ii. Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja sistem voltan tinggi bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan. atau i. Mempunyai Perakuan kekompetenan Penjaga Jentera kategori B0-1 dengan berpengalaman selama satu (1) tahun janakuasa segerak voltan rendah, dan ii. Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja berkaitan janakuasa segerak voltan rendah bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan. atau v. Mempunyai Perakuan kekompetenan Penjaga Jentera kategori B0-2 dengan berpengalaman selama satu (1) tahun janakuasa segerak voltan rendah dan satu (1) tahun talian atas voltan rendah, dan vi. Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja berkaitan janakuasa segerak voltan rendah bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
|