Kursus Sepenuh Masa B1

Program-Program Kelayakan

PROGRAM  (20 MINGGU)
Kursus hendaklah dijalankan selama lima (5) bulan mengikut turutan seperti berikut:

  1. Tiga (3) bulan di institusi termasuk latihan amali.
  2. Empat (4) minggu latihan kerja industri di industri perkilangan / perdagangan dimana pepasangannya berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
  3. Empat (4) di institusi untuk ulangkaji termasuk peperiksaan akhir.
  4. Kehadiran kursus di institusi tidak kurang dari 80%.
  5. Kehadiran latihan kerja industri tidak kurang dari 90%.
  1. Kelayakan Asas.
  2. Pengalaman:
    i.    Mempunyai Perakuan kekompetenan Penjaga Jentera kategori A4 dengan berpengalaman selama satu (1) tahun didalam sistem voltan tinggi dan satu (1) tahun talian atas voltan tinggi, dan
    ii.   Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja sistem voltan tinggi dan sistem talian atas voltan tinggi bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan  dan juga majikan.
    atau
    iii.   Mempunyai Perakuan kekompetenan Penjaga Jentera kategori B0 dengan berpengalaman selama satu (1) tahun talian atas voltan tinggi, dan
    iv.   Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja sistem talian atas voltan tinggi bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan  dan juga majikan.