Kursus Sepenuh Masa B4

Program-Program Kelayakan

PROGRAM (20 MINGGU)
Kursus hendaklah dijalankan selama lima (5) bulan mengikut turutan seperti berikut:

  1. Tiga (3) bulan di institusi termasuk latihan amali.
  2. Empat (4) minggu latihan kerja industri di industri perkilangan / perdagangan dimana pepasangannya berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
  3. Empat (4) minggu di institusi untuk ulangkaji termasuk peperiksaan akhir.
  4. Kehadiran kursus di institusi tidak kurang dari 80%.
  5. Kehadiran latihan kerja industri tidak kurang dari 90%.
  1. Kelayakan Asas.
  2. Pengalaman:
    i.     Mempunyai Perakuan kekompetenan Penjaga Jentera kategori B0 dengan berpengalaman selama satu (1) tahun talian  atas voltan tinggi dan satu (1) tahun janakuasa segerak voltan tinggi, dan
    iii.    Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja sistem talian  atas voltan tinggi dan janakuasa segerak voltan tinggi bagi tempoh pengalaman berkenaan di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
    atau
    iv.    Mempunyai Perakuan kekompetenan Penjaga Jentera kategori B1 dengan berpengalaman selama satu (1) tahun janakuasa segerak voltan tinggi, dan
    v.    Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja kerja janakuasa segerak voltan tinggi bagi tempoh pengalaman berkenaan di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan  dan juga majikan.