Pelesenan

Adakah kondominium atau pangsapuri perlu memohon lesen gas daripada Suruhanjaya Tenaga?

Ya, mana-mana premis kondominium atau pangsapuri yang menjalankan penjualan atau penggunaan gas melalui sistem perpaipan di mana sumber gas diterima daripada tangki atau silinder simpanan atau daripada saluran paip pengedaran hendaklah memohon lesen peruncitan gas.

Bagi premis kondominium atau pangsapuri yang diperoleh oleh badan pengurusan, permohonan lesen gas mestilah dibuat oleh badan pengurusan yang berdaftar di bawah Akta Hakmilik Strata 1985.

Bagi premis kondominium atau pangsapuri yang belum diambil alih oleh badan pengurusan, permohonan lesen gas mestilah dibuat oleh pemaju.