COR
Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan Perakuan Pendaftaran?
Dokumen yang perlu dikemukakan adalah borang yang diperoleh daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM):
a. Dokumen Pendaftaran SSM:
- Profil Perniagaan SSM sekiranya syarikat berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197).
- Profil Korporat SSM bagi syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777).
- Profil Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) SSM bagi syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (Akta 743).
- Perjanjian Sewa Gudang sekiranya premis disewa (bukan milik sendiri).
- Lesen Perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Gambar premis perniagaan dan gudang, termasuk papan tanda perniagaan.
- Sebarang maklumat/dokumen tambahan yang diperlukan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).