Pulau Tenaga Hijau (PTH)

Bagaimana Pulau Tenaga Hijau akan dilaksanakan?

Kerajaan akan mengutamakan usaha peralihan tenaga daripada penjanaan kuasa berasaskan diesel kepada sumber tenaga yang lebih mampan dan mesra alam. Penggunaan sumber tenaga RE, pengenalan teknologi grid pintar, serta penambahbaikan rangkaian pengagihan sistem akan dilaksanakan secara berperingkat dengan objektif meningkatkan kebolehpercayaan sistem di pulau-pulau tersebut.