Bagaimana Tarif Ditetapkan?

Bagaimanakah proses semakan tarif elektrik dilaksanakan?

Semakan tarif elektrik dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) di bawah rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) dengan menilai kos yang munasabah dan cekap, termasuk kos penjanaan, perbelanjaan modal (CAPEX), perbelanjaan operasi (OPEX) dan pulangan yang munasabah. Semakan turut mengambil kira dasar Kerajaan, perubahan kos semasa dan keperluan pengguna sebelum melalui proses pertimbangan dan kelulusan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.