Penjualan Tenaga dan Tenaga Lebihan

Bagaimanakah tenaga lebihan GEP disebabkan ketidakseimbangan penjanaan dan penggunaan ditentukan?

 

i. Penjanaan GEP lebih tinggi daripada penggunaan GC pada bila-bila masa mengikut Klausa 6.11; atau

 

ii. Jumlah penjanaan sebenar GEP melebihi jumlah penggunaan sebenar GC, yang dikira pada hari terakhir bulan tersebut, tanpa mengira penjanaan dan penggunaan setiap jam mengikut Klausa 8.12?

Penjanaan GEP tidak akan dipadankan dengan penggunaan GC secara selang setengah jam. Sebaliknya, ia akan dipadankan secara bulanan.

Dalam pengiraan bil GC, lebihan penjanaan tidak akan digunakan apabila jumlah penjanaan sebenar GEP melebihi:

i. tenaga maksimum yang diisytiharkan (MWh) oleh RED mengikut klausa 8.9

ii. tenaga maksimum yang diisytiharkan (MWh) oleh GC mengikut klausa 6.9

iii. tenaga sebenar yang digunakan (MWh) oleh GC mengikut Lampiran 1