NEDA

Berapa banyak kategori peserta NEDA dan pengeluar kuasa solar di bawah CGPP, dan apakah kategori masing-masing?

Terdapat 3 kategori seperti berikut:

  • Penjana PPA/SLA
  • Penjana Saudagar (Merchant Generator)
    • Penjana Ex-PPA/SLA (menggunakan gas sektor kuasa)
    • Penjana Saudagar Besar; loji kogenerasi, Ex-PPA/SLA bahan api sendiri, Utiliti Francais, PPA/SLA Sebahagian, kapasiti eksport Loji Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) 30MW dan ke atas
    • Price Taker: loji kogenerasi, Ex-PPA/SLA bahan api sendiri, Utiliti Francais, Loji RE dengan kapasiti eksport 100kW atau lebih tetapi kurang daripada 30MW
  • Pengeluar Kuasa Solar di bawah LSS3 dan LSS4

Semua penjana boleh menghantar bidaan harian, kecuali Price Taker. Price Taker akan dibayar mengikut harga margin sistem (SMP) bagi tenaga yang dibekalkan kepada grid tanpa perlu menghantar sebarang bidaan.