VPPA

Bilakah VPPA akan dilaksanakan dan kuota ditawarkan?

  • Program ini dinamakan Corporate Green Power Programme (CGPP) dan VPPA dinamakan Corporate Green Power Agreement (CGPA).
  • Program ini dilancarkan pada 7 November 2022.
  • Pada peringkat awal, jumlah kapasiti yang diperuntukkan untuk program ini adalah 600 megawatt (MW). Baru-baru ini pada 9 Mac 2023, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) mengumumkan tambahan kapasiti sebanyak 200 MW bagi membolehkan lebih banyak syarikat melanggan bekalan elektrik hijau untuk memenuhi komitmen ESG
  • Permohonan dibuka dari 7 November 2022 sehingga 6 Februari 2023. Susulan pengumuman tambahan kapasiti 200MW, program ini akan dibuka sehingga 31 Disember 2023 atau sehingga peruntukan penuh kuota 800MW. Loji kuasa solar hendaklah disiapkan sebelum akhir tahun 2025