Cara Membuat Aduan
Aliran Proses Aduan
Berikut adalah ringkasan proses pengurusan aduan di ST
Jika semua maklumat yang diserahkan telah lengkap, setiap aduan akan diteliti dan boleh diselesaikan dalam tempoh 15 hari kerja.
Bagaimanapun, kes-kes kompleks yang memerlukan lawatan tapak untuk pemeriksaan, dokumen tambahan dari pihak ketiga, atau melibatkan urusan polis yang memerlukan pemeriksaan dari sudut undang-undang akan mengambil masa yang lebih lama.
Penyelesaian Aduan
- Menyiasat dan menganalisis aduan bagi menentukan sama ada ia sah;
- Mendapatkan maklum balas atau penjelasan dari pihak yang diadukan, termasuk menjalankan pemeriksaan atau semakan sekiranya perlu;
- Mengarahkan pihak yang diadukan untuk menangani atau menyelesaikan isu yang dikenal pasti serta menambah baik mutu perkhidmatan;
- Mengeluarkan peringatan atau amaran kepada pihak yang diadukan dan memantau pelaksanaan penyelesaian aduan;
- Jika berkenaan, menguatkuasakan hak pengguna di bawah Tahap Perkhidmatan Dijamin (GSL); atau
- Mengambil tindakan lanjut terhadap pihak yang diadukan, sekiranya perlu.
The complainant will be informed in writing Pengadu akan dimaklumkan secara bertulis (melalui surat atau e-mel) atau melalui telefon mengenai perkembangan dan penyelesaian aduan tersebut.
Pengadu mempunyai hak berhubung perkhidmatan bekalan elektrik yang disediakan oleh pemegang lesen. Sehubungan itu, ST telah menguatkuasakan peruntukan Tahap Perkhidmatan Dijamin (GSL).
Tahap Perkhidmatan Dijamin (GSL) bagi Semenanjung Malaysia
| Skop Perkhidmatan | Petunjuk Perkhidmatan | Tahap Pencapaian (tidak melebihi tahap yang ditetapkan) | Penalti dalam bentuk rebat |
|---|---|---|---|
| Ketersediaan bekalan - Kekerapan gangguan |
TAHAP PERKHIDMATAN DIJAMIN: GSL1 Kekerapan gangguan bekalan yang dialami oleh pengguna di kawasan pentadbiran: • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Putrajaya • Kawasan-kawasan lain |
|
Pengguna Domestik Pengguna Komersial Pengguna Industri |
|
Tanggungjawab Pemegang Lesen
|
|||
| Skop Perkhidmatan | Petunjuk Perkhidmatan | Tahap Pencapaian (tidak melebihi tahap yang ditetapkan) | Penalti dalam bentuk rebat |
| Ketersediaan bekalan - Masa yang diambil untuk memulihkan bekalan |
TAHAP PERKHIDMATAN DIJAMIN: GSL2 Masa yang diambil untuk memulihkan bekalan elektrik berikutan insiden berat pada rangkaian pengagihan bekalan**, kecuali disebabkan bencana alam atau insiden berkait cuaca, bagi: Masa yang diambil untuk memulihkan bekalan elektrik berikutan insiden berat pada grid atau sistem penghantaran, kecuali disebabkan bencana alam, mengakibatkan: |
3 jam 4 jam 8 jam |
Pengguna Domestik Pengguna Komersial Pengguna Industri (Bil bulanan bagi bulan berlakunya ketidakpatuhan) Bagi insiden berat yang melibatkan grid atau sistem penghantaran, keputusan mengenai penalti bergantung kepada keputusan siasatan oleh Suruhanjaya Tenaga. |
| Nota: * Kerosakan ringan pada rangkaian pengagihan merujuk kepada kerosakan yang boleh dibaik pulih oleh pasukan 'fault finder'. ** Insiden berat pada rangkaian pengagihan bekalan merujuk kepada kerosakan yang tidak boleh dibaik pulih oleh pasukan 'fault finder'. |
|||
|
Tanggungjawab Pemegang Lesen
|
|||
| Skop Perkhidmatan | Petunjuk Perkhidmatan | Tahap Pencapaian (tidak melebihi tahap yang ditetapkan) | Penalti dalam bentuk rebat |
| Penyambungan bekalan |
TAHAP PERKHIDMATAN DIJAMIN: GSL3 TAHAP PERKHIDMATAN DIJAMIN: GSL4 Bagi pemasangan meter sahaja. Kiraan hari bermula satu hari selepas deposit diterima. |
5 hari kerja (talian atas) 14 hari kerja (kabel bawah tanah) 3 hari kerja |
RM50 Hanya terpakai untuk 3 tiang tambahan yang paling hampir dengan premis RM50 |
|
Tanggungjawab Pemegang Lesen Sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap GSL3 atau GSL4, pengguna yang terjejas boleh membuat tuntutan rebat dalam tempoh 2 bulan selepas penyambungan bekalan dibuat. |
|||
| Skop Perkhidmatan | Petunjuk Perkhidmatan | Tahap Pencapaian (tidak melebihi tahap yang ditetapkan) | Penalti dalam bentuk rebat |
| Penyambungan bekalan | TAHAP PERKHIDMATAN DIJAMIN: GSL5 Pemotongan bekalan mengikut peruntukan undang-undang atau prosedur pemotongan yang terpakai. |
Tiada pemotongan bekalan yang salah | RM100 |