Jenis-Jenis Aduan

Antara jenis aduan biasa yang kami terima berkaitan perkhidmatan elektrik dan gas berpaip adalah seperti berikut:

  1. Kesilapan dalam pengebilan
  2. Pemegang lesen gagal mematuhi prosedur yang betul
  3. Pemegang lesen gagal mengambil tindakan
  4. Tindakan tidak munasabah oleh pemegang lesen
  5. Orang yang tidak kompeten tidak menjalankan kerja di pepasangan dengan betul
  6. Kontraktor atau orang yang kompeten gagal mematuhi peraturan kerja
  7. Pendawaian elektrik atau sistem perpaipan gas yang tidak selamat dan tidak mematuhi peraturan
  8. Peralatan elektrik dan perkakas gas yang tidak diluluskan atau tidak mempunyai label SIRIM-ST
  9. Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan yang disediakan oleh pemegang lesen
  10. Aktiviti yang dijalankan berhampiran pepasangan elektrik atau gas berpaip
  11. Gangguan bekalan
  12. Perkara lain yang berkaitan dengan aktiviti bekalan elektrik dan gas berpaip

Bagi menyokong proses pengurusan aduan yang lebih cekap dan berkesan, kami menggalakkan anda untuk mendapatkan penyelesaian terlebih dahulu dengan pemegang lesen atau pihak yang berkenaan sebelum menghubungi kami.

Jika perkara tersebut tidak dapat diselesaikan secara lisan, anda perlu mengemukakan aduan bertulis secara rasmi kepada mereka atau mengemukakannya melalui portal aduan rasmi mereka, jika ada. Sila simpan salinan sebarang surat-menyurat dan dokumen sokongan lain yang berkaitan.

Jika, atas apa-apa sebab, anda berpendapat aduan anda memerlukan perhatian segera, sila hubungi kami untuk membincangkan aduan anda.

Maklumat Yang Diperlukan

Anda dikehendaki memberikan maklumat berikut apabila mengemukakan aduan:

  1. Nama penuh
  2. Nombor akaun bil (wajib jika aduan berkaitan pengebilan)
  3. Alamat rumah atau pejabat, dan lokasi isu tersebut
  4. Nombor telefon talian tetap dan mudah alih
  5. Alamat e-mel
  6. Butiran aduan
  7. Dokumen sokongan yang berkaitan

Bagi aduan yang melibatkan pemegang lesen seperti TNB, SESB atau GMB, maklumat berikut juga perlu diberikan:

  1. Nombor aduan, tiket, ID atau rujukan bagi aduan yang telah dikemukakan sebelum ini kepada TNB, SESB atau GMB    
  2. Dokumen sokongan yang berkaitan (contohnya, sebarang surat maklum balas yang diterima daripada TNB, SESB, Gas Malaysia atau dokumen lain yang berkaitan)
       

Jika butiran aduan yang diperlukan tidak lengkap, aduan tersebut tidak akan dipertimbangkan untuk tindakan lanjut dan mungkin ditolak.

 

Contoh borang aduan

Contoh Borang Aduan