Keperluan Bateri dan Kapasiti

Dalam dialog industri pada 23 Ogos, dijelaskan bahawa hanya 50% kapasiti maksimum loji solar akan dieksport ke grid dan selebihnya untuk mengecas bateri. Adakah mekanisme ini masih sah di bawah Garis Panduan CRESS?

Ya. Fungsi utama BESS adalah untuk memantapkan output GEP kepada 50% daripada kapasitinya dengan menyimpan tenaga solar yang melebihi 50%. Ini bermakna semua tenaga solar akan dieksport ke grid. Bergantung kepada keadaan cuaca dan keamatan solar pada hari tertentu, dan jika terdapat output solar melebihi 50% daripada kapasiti GEP, hanya tenaga yang melebihi 50% kapasiti GEP ini akan disimpan dalam BESS dan dilepaskan semula ke grid pada hari yang sama.