Polisi - Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik (Pengkompaunan Kesalahan)2001

Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik (Pengkompaunan Kesalahan)2001

P.U. (A) 408

AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990
PERATURAN-PERATURAN BEKALAN ELEKTRIK (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2001

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 43(2) Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut::


Nama dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik (Pengkompaunan Kesalahan) 2001.

     (2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 2 Januari 2002.


Kesalahan boleh kompaun

 2.  Semua kesalahan yang dinyatakan dalam subseksyen 43(1) Akta boleh dikompaunkan.



Pengkompaunan Kesalahan


3.  (1) Suatu tawaran untuk mengkompaun hendaklah dibuat dalam Borang I dalam Jadual.

     (2) Seseorang yang menyetujui terima sesuatu tawaran untuk mengkompaun hendaklah mengemukakan bayaran kompaun dengan menggunakan Borang 2 dalam Jadual.

     (3) Apabila kompaun dibayar, suatu resit rasmi bagi bayaran kompaun hendaklah dikeluarkan kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.


Pembatalan

4. Kaedah-Kaedah Bekalan Elektrik (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) 1994 [P. U. (A) 320/19941] adalah dibatalkan.


Klik di sini untuk mendapatkan jadual dan borang