Pengumuman: Bidaan terbuka loji janakuasa berkuasa arang batu

Suruhanjaya Tenaga (ST) memohon maklum balas Permohonan Kelayakan (RFQ) bagi pembangunan loji janakuasa berkuasa arang batu superkritikal/ultra-superkritikal 1000 MW (Projek Laluan Pintas 3A) yang akan ditauliahkan pada Okt 2017, dan satu lagi loji arang batu 2 x 1000MW (Projek 3B) di tapak baharu yang dijadualkan beroperasi secara berperingkat pada Okt 2018 dan April 2019.

Pemaju luar negara yang mempunyai pengalaman berkenaan digalakkan untuk menjalin kerjasama dengan rakan kongsi Malaysia secepat mungkin. Pegangan ekuiti asing maksimum yang dibenarkan ialah 49% dan pemaju luar negara yang sesuai akan dibenarkan untuk memimpin konsortium. Latihan pra-kelayakan ini ialah untuk menyaring bakal pembida/konsortium, tapak yang dicadangkan dan talian penghantaran kuasa.

Dokumen RFQ bersama kini boleh dibeli di Bangunan ST di Presint 2, Putrajaya semasa waktu pejabat dari 18 Disember 2012 hingga 4 Januari 2013 pada harga RM5,000.00. Bakal pembida boleh mengemukakan maklum balas RFQ untuk salah-satu atau kedua-dua projek sebelum atau pada tarikh tutup berikut:

1)    Tarikh Penyerahan Projek Laluan Pintas 3A 1000 MW - 21 Januari 2013;
2)    Tarikh Penyerahan Projek 3B 2000 MW - 11 Mac 2013.

Projek Laluan Pintas 3A 1000 MW:

Pembida bertanggungjawab untuk mendapatkan tapak yang bersebelahan atau berhampiran dengan kemudahan saling hubungan atau pencawang sedia ada. Bukti hak untuk menggunakan tapak dan tanah yang dicadangkan bagi talian penghantaran ke pencawang adalah diwajibkan. Memandangkan garis masa laluan pintas yang singkat, sebarang cadangan yang melibatkan permohonan hak lalu-lalang (wayleave) tidak akan diterima.

Projek 3B 2000 MW:

Pembida bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan mendapatkan tapak yang sesuai. Skop projek akan merangkumi talian penghantaran ke sistem grid 500kV. Keperluan RFQ oleh itu akan merangkumi laporan tinjauan laluan awal talian penghantaran dan bukti hak untuk menggunakan tapak yang dicadangkan.

Bakal pembida dinasihatkan untuk memulakan kerja serta-merta bagi pengenalpastian tapak, tinjauan laluan awal dan pembentukan konsortium. Pembida akan mendapati enam (6) nod yang diluluskan di sepanjang Grid 500kV di mana kuasa akan disuntik.

cb3@st.gov.my 
Suruhanjaya Tenaga
18 Disember 2012    

[ Bayaran dalam Ringgit Malaysia melalui Cek Jurubank kepada SURUHANJAYA TENAGA ]

Pembida Berpotensi

Suruhanjaya Tenaga telah mengeluarkan 30 dokumen RFQ kepada bakal pembida berikut:

BIL. NAMA SYARIKAT
1. 1 Malaysia Development Berhad
2. Amcorp Power
3. Automan Energy Sdn. Bhd.
4. Benalec Sdn. Bhd.
5. Daelim (M) Sdn. Bhd.
6. Daewoo International (M) Sdn Bhd
7. Dhaya Maju Infrastructure Sdn. Bhd.
8. FajarBaru Builder Sdn. Bhd.
9. FKH Holdings Sdn. Bhd.
10. Global Power Ventures Sdn. Bhd.
11. GUH Holdings
12. Ho Hup Construction Sdn. Bhd.
13. Jimah Energy Ventures
14. Malakoff Corporation Berhad
15. Marubeni Asia Power Singapore Pte Ltd
16. Mitsubishi Corporation
17. Mitsui & Co. Ltd
18. NextGen Power Resources Sdn. Bhd.
19. Powertek Energy
20. Ranhill Power Sdn Bhd
21. Semb Corporation
22. Siemens
23. SIPP Energy Sdn. Bhd.
24. Sumitomo Corporation
25. Tadmax Energy Sdn. Bhd.
26. Teknologi Tenaga Perlis Consortium Sdn. Bhd.
27. Tenaga Nasional Berhad
28. TRIplc Berhad
29. TSR Capital Berhad
30. YTL Power International Berhad

Suruhanjaya Tenaga, 8 Januari 2013

Bidaan terbuka loji janakuasa arang batu: Keputusan pra-kelayakan bagi 1000MW Project 3A

Suruhanjaya Tenaga telah menyelesaikan penilaian terhadap kedua-dua Penyerahan RFQ bertarikh 21 Januari 2013 daripada peserta berikut:

  1. Tenaga Nasional Berhad dan Marubeni Corporation, dan
  2. 1Malaysia Development Berhad dan Mitsui & Co. Ltd.

Kedua-dua konsortium masing-masing telah mencadangkan tapak projek yang boleh diterima di Manjung, Perak dan Jimah, Negeri Sembilan serta memenuhi semua keperluan pra-kelayakan.

Pembida yang disenarai pendek dijemput untuk membeli dokumen Permohonan Cadangan (RFP) bagi Projek 3A 1000MW bermula 8 Februari 2013. Tarikh tutup Penyerahan RFP ialah pada 20 Mei 2013 pada pukul 12.00 tengah hari.


Suruhanjaya Tenaga
7 Februari 2013

Tender Terbuka bagi Projek 3B Loji Janakuasa Berkuasa Arang Batu 2000 MW (Peserta RFQ)

Suruhanjaya Tenaga telah menerima tujuh (7) penyerahan RFQ setakat jam 1200 pada 11 Mac 2013 bagi tujuan pra-kelayakan konsortium pemaju, tapak loji janakuasa dan talian penghantaran kuasa.

Pada awalnya, sebanyak 30 dokumen RFQ telah dibeli oleh pihak yang berminat dari 18 Disember 2012 hingga 4 Januari 2013. Keputusan penilaian RFQ dijangka diumumkan menjelang awal April 2013 dan pembida yang disenarai pendek akan dijemput untuk menyertai tender loji janakuasa berkuasa arang batu 2000 MW.

Bil. Penyerahan RFQ Oleh:
1. 1Malaysia Development Bhd;
dan Mitsui & Co. Ltd.
2. Automan Energy Sdn Bhd.
3. Formis Resources Berhad;
SIPP Energy Sdn Bhd;
POSCO Energy Co. Ltd.; dan
POSCO Engineering & Construction Ltd..
4. Global Power Ventures Sdn Bhd;
Tenaga Nasional Berhad; dan
China National Machinery Import & Export Corporation (CMC).
5. Malakoff Corporation Berhad; dan
Sumitomo Corporation
6. Tadmax Energy Sdn. Bhd.
7. YTL Power International Berhad; dan
Ranhill Power Sdn Bhd.

Suruhanjaya Tenaga, 11 Mac 2013

Tender Terbuka Loji Janakuasa Arang Batu 2000MW – Pembida disenarai pendek menurut proses prakelayakan Project 3B

Suruhanjaya Tenaga telah menyelesaikan penilaian tujuh penyerahan RFQ dan konsortium berikut telah disenarai pendek untuk menyertai latihan tender bagi loji janakuasa berkuasa arang batu Projek 3B 2000MW yang akan dibangunkan di tapak mereka sendiri.

Bil. Pembida Disenarai Pendek Ahli Utama Tapak Dicadangkan
1. 1Malaysia Development Bhd;
dan Mitsui & Co. Ltd.
1MDB Jimah, N.S. ( Suntikan di Olak Lempit )
2. Formis Resources Berhad,
SIPP Energy Sdn Bhd,
Posco Energy dan Posco Engineering & Construction Co. Ltd.
Formis Tanjung Tohor, Johor. ( Suntikan di Yong Peng East)
3. Tenaga Nasional Berhad,
Global Power Ventures Sdn Bhd dan
China National Machinery Import & Export Corporation.
TNB Tanjung Hantu - Segari, Perak. ( Suntikan di Terong, Bruas )
4. Malakoff Corporation Berhad dan
Sumitomo Corporation
Malakoff Pulau Carey, Selangor. ( Suntikan di Olak Lempit )
5. YTL Power International Berhad dan
Ranhill Power Sdn Bhd.
YTLP Tanjung Tohor, Johor. ( Suntikan di Yong Peng East)

Dokumen RFP dijangka dikeluarkan pada 23 April 2013 dan surat jemputan akan dikeluarkan tidak lama lagi. Tarikh tutup bagi Bidaan ialah pada 30 September 2013.

Semua pembida yang disenarai pendek, termasuk setiap ahli konsortium, diwajibkan menandatangani Pakatan Integriti.