ICB Track 1
Pembida yang disenarai pendek bagi projek janakuasa CCGT Prai menurut proses pra-kelayakan
Suruhanjaya Tenaga telah menyelesaikan penilaian terhadap 17 penyerahan RFQ dan pembida berikut telah disenarai pendek untuk menyertai proses tender bagi projek Prai. Penyenaraian ini tidak mengikut sebarang susunan atau merit tertentu.
| Bil. | Pembida Disenarai Pendek |
|---|---|
| 1 | 1Malaysia Development Bhd (bersyarat) , LEAD; Hyundai Engineering & Construction Co Ltd. |
| 2 | Pendekar Power Sdn Bhd (bersyarat) |
| 3 | Mastika Lagenda Sdn Bhd |
| 4 | Tenaga Nasional Berhad |
| 5 | YTL Power International Berhad, LEAD; Marubeni Corporation |
| 6 | CI Holdings Berhad, LEAD; Teknologi Tenaga Perlis Consortium Sdn Bhd; dan Daelim Industrial Co Ltd. |
| 7 | Mitsui & Co. Ltd, LEAD; Amcorp Power Sdn Bhd |
| 8 | Sime Darby Power Sdn Bhd |
| 9 | Malakoff Corporation Berhad, LEAD; Petronas Power Sdn Bhd; dan Mitsubishi Corporation |
Penyenaraian pendek dua peserta yang ditandakan "bersyarat" adalah tertakluk kepada pelaksanaan korporat yang sedang mereka jalankan memandangkan syarat keseluruhan bahawa hanya SATU penyerahan bidaan dibenarkan oleh mana-mana Kumpulan/Perbadanan.
Semua pembida yang disenarai pendek, termasuk setiap ahli konsortium, dikehendaki menandatangani Ikrar Integriti. Dokumen RFP boleh dibeli pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh Suruhanjaya Tenaga.
Senarai peserta yang mengemukakan penyata prakelayakan mereka bagi projek janakuasa CCGT Prai
Pada 20 Februari 2012, Suruhanjaya Tenaga menerima penyata prakelayakan daripada 33 daripada 38 peserta yang membeli dokumen RFQ. Sebanyak 33 peserta tersebut terdiri daripada 18 konsortium dan pembida tunggal seperti yang disenaraikan di bawah. Semua penyerahan akan melalui proses penilaian dan pembida yang disenarai pendek akan diumumkan selepas 19 Mac 2012.
| BIL. | PEMOHON BERMINAT / BAKAL PEMBIDA |
|---|---|
| 1. | 1Malaysia Development Bhd dan Hyundai Engineering & Construction Co Ltd |
| 2. | CI Holdings Berhad, Teknologi Tenaga Perlis Consortium dan Daelim Industrial Co. Ltd |
| 3. | Drayclass (M) Sdn Bhd dan Ssangyong Engineering & Construction Co Ltd |
| 4. | First Northeast Electric Power Engineering Co ( NEPC ), Ranhill Power Sdn Bhd, Ramunia Holdings Bhd dan Maser (M) Sdn Bhd |
| 5. | International Company for Water and Power Projects (ACWA) |
| 6. | Jimah Energy Ventures Sdn Bhd |
| 7. | KNM Process System Sdn Bhd dan Lanco Infratech Limited |
| 8. | Majulia Sdn Bhd dan Country Earth Sdn Bhd |
| 9. | Malakoff Corporation Berhad, Petronas Power Sdn Bhd dan Mitsubishi Corporation |
| 10. | Mastika Lagenda Sdn Bhd |
| 11. | Mitsui & Co. Limited dan Amcorp Power Sdn Bhd |
| 12. | Mudajaya Corporation Berhad dan Sinohydro Corporation Limited |
| 13. | N.U.R Power Sdn Bhd dan Samsung C & T Corporation |
| 14. | Pendekar Power Sdn Bhd |
| 15. | Sime Darby Energy Sdn Bhd |
| 16. | SRC International Sdn Bhd |
| 17. | Tenaga Nasional Berhad |
| 18. | YTL Power International Berhad dan Marubeni Corporation |