Perundangan
Kepada siapa dan bagi perkara apakah Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Bekalan Gas 1993 terpakai?
Akta Bekalan Elektrik 1990 terpakai kepada orang termasuk orang awam, pengguna, orang kompeten dan pemegang lesen yang terlibat dalam industri bekalan elektrik, serta kepada aktiviti berkaitan bekalan elektrik, penetapan harga, pelesenan pepasangan, kawalan pepasangan elektrik, loji dan peralatan, perkara berkaitan keselamatan orang dan harta serta penggunaan elektrik secara efisien.
Akta Bekalan Gas 1993 terpakai kepada orang termasuk orang awam, pengguna, orang kompeten dan pemegang lesen yang terlibat, serta kepada aktiviti berkaitan bekalan gas melalui saluran paip, penetapan harga, kawalan saluran paip bekalan gas, pepasangan dan perkakas, serta perkara berkaitan keselamatan orang dan harta.
Perundangan
Apakah kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang bekalan tenaga?
Apakah kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun?
Apakah kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang bekalan tenaga?
Apakah kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun?
Adakah terdapat sebarang pengecualian daripada peruntukan undang-undang bekalan tenaga yang disebutkan di atas?