ASEAN

ASEAN Energy Regulators' Network

Gambaran Keseluruhan

AERN telah ditubuhkan secara rasmi pada 3 Mac 2012 dengan tujuan berkongsi maklumat dalam pengawalseliaan bekalan tenaga, memupuk kerjasama yang lebih erat dalam kalangan Energy Regulatory Bodies negara anggota ASEAN, serta menggalakkan kemampanan dan pembangunan ekonomi di seluruh rantau ASEAN. Malaysia, melalui ST, merupakan ahli AERN.

Bermula Januari 2024, Malaysia, melalui Suruhanjaya Tenaga, telah dilantik sebagai Chair of AERN bagi tempoh dua tahun. Sempena pelantikan ini, Mesyuarat AERN ke-15 dan ke-16 telah diadakan di Malaysia.

Antara agenda utama yang dibincangkan semasa mesyuarat tersebut ialah peranan AERN dalam menyokong ASEAN Power Grid (APG) Regulatory Work di bawah APG Memorandum of Understanding.

Sebagai Energy Regulatory Body of Malaysia, penglibatan ST dalam kerjasama sedemikian, khususnya yang melibatkan organisasi antarabangsa, bertujuan mengukuhkan imej, kredibiliti dan komitmen ST di peringkat ASEAN. Dedikasi dan penyertaan aktif ST dalam program di peringkat antarabangsa dapat menjadi platform untuk ST memperoleh pengiktirafan antarabangsa yang lebih luas.

Media

Foto dan sorotan daripada mesyuarat, forum dan penglibatan serantau AERN di seluruh rantau ASEAN.

ASEAN Summer School for Energy Regulators (ASR)

Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST), selaku Chair of the ASEAN Energy Regulators Network (AERN) 2025, telah berjaya menganjurkan ASEAN School of Regulation (ASR) yang sulung dari 22–26 September 2025 di PETRONAS Leadership Centre. Program rintis sekolah musim panas ini menghimpunkan 35 pengawal selia peringkat pertengahan dari seluruh rantau bagi mengukuhkan keupayaan dalam perdagangan kuasa rentas sempadan, integrasi pasaran, tenaga boleh baharu, dan penyelarasan kawal selia. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama rakan kongsi global seperti ETP, UN ESCAP, dan Florence School of Regulation. Inisiatif bersejarah ini menggariskan kepimpinan Malaysia dalam memajukan ASEAN Power Grid dan memupuk masa depan tenaga yang terjamin dan kolaboratif untuk seluruh rantau.