Lain-lain

Loji tenaga solar mesti disiapkan menjelang 2025 melainkan diluluskan sebaliknya oleh Suruhanjaya Tenaga. Adakah terdapat pampasan kelewatan yang perlu dibayar kepada TNB bagi sebarang kelewatan dalam mencapai tarikh operasi komersial (commercial operation date), dan jika ada, berapakah kadar pampasan kelewatan tersebut?

Perkara ini akan dinyatakan di bawah perjanjian NEDA dengan TNB. Tiada peruntukan khusus bagi pampasan kelewatan di bawah peruntukan kuota. Walau bagaimanapun, menurut Klausa 11.2(b) Garis Panduan, sekiranya loji tenaga solar tidak disiapkan menjelang SCOD, iaitu sebelum 2025, Suruhanjaya berhak untuk membatalkan tawaran tersebut.