AFA diperkenalkan bagi menjadikan pelarasan kos penjanaan dan bahan api lebih dinamik dan responsif terhadap perubahan kos serta keadaan pasaran semasa.

Berbanding mekanisme ICPT terdahulu di mana pelarasan kos dibuat secara berkala setiap tempoh enam (6) bulan, AFA membolehkan pelarasan dibuat secara bulanan, sekali gus mengurangkan tempoh antara perubahan kos dengan pelaksanaan pelarasan tarif. AFA pula menggunakan pelarasan setiap bulan, sekali gus memberikan isyarat harga yang lebih tepat dan membantu mengurangkan risiko kejutan bil yang ketara.

Mekanisme pelarasan bahan api secara automatik ini dijangka dapat menguruskan pergerakan harga bahan api dengan lebih baik.