Proses Permohonan dan Dokumentasi
Merujuk kepada seksyen 13.4, sekiranya permohonan kami tidak lengkap, adakah kami akan diberi peluang untuk mengemukakan dokumen tambahan sepanjang proses permohonan?
Merujuk kepada Seksyen 13.4, kami mengesyorkan agar memastikan semua dokumen yang diperlukan lengkap sebelum penyerahan bagi mengelakkan sebarang kelewatan dalam proses permohonan.
Proses Permohonan dan Dokumentasi
Merujuk kepada seksyen 7.2, adakah templat kontrak untuk CRESA, RE SAA, Perjanjian NEDA, Perjanjian Backfeed akan dikeluarkan tidak lama lagi?
Apakah garis masa untuk menerima keputusan sebagai pembida berjaya/permohonan lengkap, andaikan kami mengemukakan permohonan pada 30 September 2024?
Merujuk kepada seksyen 13.1, kami memahami bahawa Single Buyer akan mula menerima permohonan bermula 30 September 2024, namun untuk penjelasan, adakah terdapat garis masa untuk penyerahan (seperti yang berlaku dalam CGPP)?
Merujuk kepada Seksyen 13.4(g), PSS yang diluluskan diperlukan untuk Penyerahan Permohonan, dan Lampiran 2 memerlukan Permohonan dikemukakan terlebih dahulu sebelum menjalankan Kajian PSS. Bolehkah kami menganggap bahawa Seksyen 13.4(g) merujuk kepada PSS Peringkat 1 dan Lampiran 2 merujuk kepada PSS Peringkat 2? Adakah ini bermaksud Kajian PSS Peringkat 1 sudah boleh dijalankan bermula 30 September 2024?