Kontrak dan Perjanjian

Merujuk kepada Klausa 6.14(b) Garis Panduan CRESS yang menyatakan bahawa "EUC akan mengeluarkan bil elektrik kepada Green Consumer bagi setiap tempoh kitaran pengebilan, iaitu: (a) tempoh bermula pada Tarikh Permulaan dan berakhir pada tarikh bil pertama dikeluarkan oleh EUC kepada Green Consumer, berikutan berlakunya Tarikh Permulaan tersebut; (b) setiap tempoh satu (1) bulan seterusnya sepanjang tempoh CRESA antara EUC dan Green Consumer; dan (c) tempoh bermula dari tarikh selepas tarikh terakhir bil sebelumnya dan berakhir pada tarikh CRESA antara EUC dan Green Consumer tamat tempoh mengikut terma-termanya. i. Adakah terdapat sebarang sekatan terhadap Kontrak Bekalan Tenaga Dwipihak antara RED dan Green Consumer yang mempunyai lanjutan tempoh? ii. Bolehkah lanjutan tempoh dicerminkan secara seperti-untuk-seperti (like-for-like) dalam kontrak utama lain, seperti CRESA antara Green Consumer dan TNB? iii. Adakah CRESA akan menyerupai Perjanjian Bekalan Elektrik yang dimiliki TNB dengan pengguna kuasa besar, atau dalam bentuk yang dikurangkan dan dipermudahkan?

i. Tiada sekatan terhadap lanjutan tempoh Perjanjian Dwipihak di bawah CRESA.

ii. CRESA adalah berkekalan (perpetual) melainkan ditamatkan lebih awal mengikut terma dan syarat CRESA.

iii. CRESA adalah berdasarkan Perjanjian Bekalan Elektrik dalam versi yang dikurangkan dan dipermudahkan bagi menyesuaikan skim CRESS.